Sunday, 22 January 2012
WELCOME 2012
Selamat Datang Tahun 2012.... Semoga Tahun Ini Lebih banyak peningkatan dapat dilakukan...
Wednesday, 2 November 2011
KEM MEMBACA BI 1MALAYSIA
Hari ini bermula jam 7.30 pagi telah berlangsung satu acara yang melibatkan semua guru dan murid. Acara yang dimaksudkan ialah acara "Kem Membaca BI 1Malaysia 2011". Majlis ini diadakan di tempat letak kereta.
Acara hari ini bermula dengan pendaftaran semua murid untuk mengambil buku cerita Bahasa Inggeris masing-masing. Kemudian, murid di agihkan kepada 2 kumpulan iaitu tahap 1 dan tahap 2 untuk duduk di tempat yang telah disediakan.
Lebih kurang jam 9.00 pagi, acara rasmi bermula dengan juru acara memulakan acara dengan taklimat kepada semua peserta. Kemudian, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hairy bagi memberkati majlis pada hari ini. Selepas itu, Penolong Kanan 1, Puan Asiah@Siah memberikan uacapan sepatah dua dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.
Tepat jam 9.30 pagi, majlis membaca selama 2011 saat dimulakan dengan paluan drum oleh En. Sugianto dengan kiraan 5,4,3,2,1. Kemudian, murid-murid dan guru memulakan bacaan buku masing-masing selama 33 minit 31 saat.
Acara berakhir pada jam 10.04 pagi dan acara bergambar dijalankan untuk dihantar ke PPD sebagai dokumentasi aktiviti Membaca 1Malaysia

Monday, 31 October 2011
KURSUS DALAMAN KSSR TAHUN 2 /2012
Bermula hari ini 31 Oktober 2011 sehingga esok 1 November 2011, satu Kursus Dalaman KSSR Tahun 2 bagi tahun 2012 telah diadakan di Bilik Darjah tahun 6. Kursus ini telah dikendalikan dan diuruskan oleh beberapa guru yang telah menghadiri Kursus KSSR di PKG Sipitang. Kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru lain mengenai dasar KSSR dan perubahan KBSR kepada KSSR.
Kursus dalaman ini perlu diadakan kerana pihak PPD mahu semua guru didedahkan mengenai KSSR dan mereka tidak janggal untuk tahun hadapan jika mereka terpaksa mengambil tugas mengendalikannya. Kursus ini dihadiri oleh semua guru kecuali Guru Besar ( Kursus di Kundasang ) dan Puan Ivy J.James ( cuti bersalin ).
Setelah selesai Kursus Dalaman ini, satu laporan perlu dihantar ke PPD untuk makluman mereka akan pelaksanaan di sekolah.

Thursday, 27 October 2011
LAKSA PENANG.....
Hari ini murid-murid Tahun 6 telah mempelajari satu lagi ilmu memasak yang telah diajar oleh Ustaz Mohd Hairy Bin Ishak. Beliau telah menurunkan ilmu membuat "Laksa Penang".
Pertama sekali, beliau mengajar murid-murid cara membuat "laksa". Untuk membuat laksa ini, tepung jagung, tepung gandum, minyak masak dan sedikit air panas diperlukan. Setelah diuli dan diadunkan, tepung tersenut dimasukkan ke dalam acuan dan dipusing untuk menghasilkan laksa. Laksa yang dihasilkan ini haruslah dimasukkan ke dalam air panas yang mendidih supaya ia boleh terus masak.
Kedua, murid-murid di ajar untuk membuat kuah laksa. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah laksa penang ini ialah sekilo ikan basung, daun kesum, bawang bombay, timun batang, kacang panjang, bunga kantan, cili kering dan cili api.
Seterusnya, ikan basung dan cili kering tersebut akan direbus dan di "blender". Bahan-bahan lain seperti timun batang, bawang bombay, cili api, bunga kantan dipotong dan diletakkan di dalam bekas. Kemudian, bahan-bahan ini akan dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak.
Lebih kurang jam 10.00 pagi, proses memasak ini selesai dan murid-murid menjamu selera masing-masing. Guru-guru juga dijemput untuk merasai dan menikmati hasil masakan mereka. Proses menghasilkan "Laksa Penang" hari ini berjaya dengan baiknya.

USTAZ HAIRY MEMBERI PENERANGAN |
BAHAN-BAHAN LAKSA DI ULI |
ANTARA LAKSA YANG SIAP |
BAHAN-BAHAN ULAM |
IKAN BASUNG |
KUAH LAKSA PENANG |
MURID-MURID MENIKMATI LAKSA PENANG |
SEDAPNYA LAKSA PENANG NI.... |
Wednesday, 26 October 2011
AKTIVITI MEMASAK TAHUN 6
Pada hari ini, murid-murid Tahun 6 telah melakukan satu aktiviti memasak bagi mengisi masa lapang mereka. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari murid lelaki dan murid perempuan. Bahan-bahan memasak untuk aktiviti hari ini telah di bawa sendiri oleh murid.
Aktiviti memasak ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi. Pelbagai juadah telah disediakan oleh murid mengikut kreativiti masing-masing bertemakan "Masakan Kampung" . Di antara menu yang disediakan ialah ikan goreng, kari ikan, gulai ikan masin, telur masak kari, gulai nangka, gulai batang pisang, sambal belacan, sambal mempelam, celur jantung pisang, nenas, air kelapa , air oren dan banyak lagi.
Aktiviti memasak ini di awasi oleh guru kelas mereka iaitu Puan Normah Binti Haji Kambar. Murid-murid menggunakan dapur dari minyak tanah dan dapur lilin. Mereka semua bekerjasama untuk menyiapkan menu dan juadah hari ini.
Selepas semua juadah selesai dimasak, juadah mereka akan dihakimi dan dinilai oleh guru-guru berdasarkan kreativiti dan tema yang ditetapkan. Setelah diadili, murid-murid menjamu selera masing-masing.

Tuesday, 25 October 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 HARI KEDUA
Hari ini peperiksaan akhir tahun hari kedua berlangsung. Peperiksaan bermula dengan Bahasa Inggeris kertas 1. Kemudian, kertas Kajian tempatan dan Bahasa Arab. Selepas rehat, Bahasa Inggeris Kertas 2 berlangsung.
Hari ini juga Sekolah Kebangsaan Banting menerima lawatan pembekal untuk barang-barang panatia. Pembekal dari Kedai Buku Lawas ini membawa barangan yang ditempah oleh setiap panatia mata pelajaran untuk tahun hadapan.
Pusat Sumber Sekolah juga telah dihiasi dan dihamparkan dengan karpet baru. Proses ini telah dilakukan dengan bantuan tukang kebun dan pengawal keselamatan sekolah supaya Pusat Sumber Sekolah kelihatan lebih cantik dan kemas.

Sunday, 23 October 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
Bermula hari ini 24 Oktober 2011 sehingga 28 Oktober 2011, Peperiksaan Akhir Tahun 2011 telah bermula. Peperiksaan ini melibatkan semua murid bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 5. Semua soalan disediakan oleh guru kecuali soalan Tahun 5 disediakan oleh JPN Sabah melalui EXCEL 2011.
Pada hari ini, kertas yang dihadapi oleh murid-murid ialah Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan Dunia Sains Teknologi ( Tahun 1 ).
Murid-murid kebanyakan dapat menjawab soalan yang diedarkan kepada mereka. Mungkin disebabkan mereka telah bersedia lebih awal. Diharap mereka akan mendapat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)