Selamat Datang

Friday, 29 April 2011

SELAMAT HARI PEKERJA...

        Selamat Hari Pekerja buat semer warga SK.Banting. Hari juga seorang guru SK.Banting akan mula bercuti bersalin selama 3 bulan. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Musliawati. Beliau akan berangkat pulang ke tanah tumpahnya pada keesokan harinya. Kami warga SK.Banting berdoa agar beliau sampai dan bersalin dengan selamatnya.

          Bermula esok sehingga Isnin ( 2 Mei 2011), warga sekolah akan bercuti sempena Hari Pekerja. Kebanyakan guru memberikan  "homework"  kepada   para pelajar. Keadaan ini supaya pelajar tidak leka dan alpa dengan cuti sekolah.

         Bermula minggu depan, Wakil Majlis Guru Besar ( MGB ) akan mengadakan lawatan ke SK.Banting untuk memantau P&P para guru. Diharap semua berjalan dengan lancar seperti yang di rancang.

Wednesday, 27 April 2011

KAMPUS ASTRO DAN PEMULIHAN KHAS


             Pada hari ini, Guru Pusat Sumber SK.Banting telah menghubungi pihak astro untuk mengaktfikan kembali Kampus Astro. Pihak astro meminta masa sejam untuk membaik pulih sistem astro.Walau bagaimana pun, menjelang tamat waktu persekolahan kampus astro masih tidak aktif. Keesokan harinya, pihak astro akan dihubungi lagi supaya pihak astro dapat mengaktifkan semula kampus astro untuk memudahkan pelajar mendapat ilmu darinya.

             Pada hari juga, 2 orang pelajar Tahun 2 telah dibawa ke Unit Pendidkan Khas SK.Pekan. pelajar ini dibawa dan ditemani oleh Guru Pemulihan Sekolah iaitu Puan Mahani.

            Di samping itu, dua orang murid satu  di uji untuk saringan linus untuk memastikan mereka ini melepasi tahap minima LINUS.



        

Tuesday, 26 April 2011

KEMBALINYA INTERNET SEKOLAH

            Hari ini, internet Sekolah Kebangsaan Banting telah kembali seperti biasa. Pada awal pagi, capaian internet dapat diperolehi hanya melalui wayar. Walau bagaimana pun, menjelang rehat capaian internet melalui "wireless"  dapat diperolehi selepas dibaik pulih oleh Guru ICT sekolah.

          Melalui maklumat dari pengawal keselamatan sekolah, juruteknik yang membaik pulih sistem internet sekolah telah membaik pulih sehingga 5.00 petang. Hal ini sedemikian kerana "server"  internet diletakkan di semenanjung. Oleh itu, untuk mendapatkan capaian terbaik dan memuaskan, juruteknik ini terpaksa menghubungi juruteknik di sana. Keadaan ini yang menyebabkan masa yang di ambil lama.

           Walau bagaimana pun, internet sekolah telah kembali seperti biasa.

"SELAMAT BER INTERNET SEMUA"

Monday, 25 April 2011

RMT BERMULA...

           Hari ini, bermula lah Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) di Sekolah Kebangsaan Banting. Murid-murid yang layak untuk mendapat RMT telah membawa "kontena"  masing-masing. Selepas perhimpunan harian, Ketua Kelas dan Penolong Kelas diminta mengumpulkan "kontena"  murid yang layak bagi kelas masing-masing dan diserahkan kepada tukang masak di dapur.

         Memandangkan hari ini adalah hari pertama RMT di sekolah, tukang masak menghadapi sedikit masalah untuk menyusun dan melatakkan "kontena". Disebabkan itu, beberapa orang murid di minta untuk mengangkat meja yang tidak digunakan dan diletakkan berdekatan dapur untuk menyusun atur "kontena"  supaya proses mengisi makanan ke dalamnya menjadi senang.

         Hari ini juga, beberapa orang guru dan AKS tidak ada di sekolah kerana ada urusan masing-masing. Ada guru dan AKS yang berkursus dan ada yang ke PPD untuk urusan tertentu. Walaupun begitu, kelas dapat dilaksanakan dengan baik kerana Penolong Kanan 1 telah membuat membuat jadual guru ganti.

Murid berbaris mengambil makanan RMT

Murid mencari bekas makanan masing-masing
       
 Program Permata Pintar masih diteruskan dengan 2 orang murid Tahun 4 menjawabnya. Sebelum waktu persekolahan tamat tadi, beberapa orang juruteknik datang untuk membaik pulih "Sistem Internet Sekolah". Diharap dengan baikpulih ini, sistem internet sekolah dapat berfungsi kembali dengan baik.

      .

Thursday, 21 April 2011

HARI TERAKHIR PERMOHANAN EG-TUKAR

         Hari ini merupakan hari terakhir untuk semua guru menghantar permohanan pertukaran masing-masing. Ada antara guru yang sibuk mencetak dan fotostat  borang masing-masing dan ada yang terpaksa mengirimkan borang untuk ditandatangani oleh Guru Besar memandangkan Guru Besar tidak datang ke sekolah kerana mesyuarat di PPD.

         Secara keseluruhannya, seramai 5 orang guru SK.Banting memohon pertukaran ke sekolah, daerah dan negeri  lain. Semoga berjaya kepada semua.

         Program UKM1 Permata Pintar masih dijalankan dengan pelajar dipanggil untuk mengisi dan melengkapkan soalan-soalan yang ditanya dalam sistem tersebut. Semoga penat dan usaha guru-guru bertungkus lumus dan bersusah payah mencari "line"  berbaloi jika ada pelajar yang terpilih nanti.

          Guru Pemulihan pula sibuk dengan program "Pemulihan Linus". Hal ini kerana ada seorang murid Tahun 2 yang terpaksa di uji dan dinilai untuk memastikan dia termasuk dalam pemulihan linus atau tidak.


Wednesday, 20 April 2011

PROGRAM UKM1: PERMATA PINTAR

            Bermula minggu ini, beberapa orang murid di ambil dan dipilih untuk mengisi dan menjawab beberapa soalan dalam Program  UKM1 : Permata Pintar. Guru-guru yang terlibat dengan program ini sibuk mencari "line" Celcom 3G untuk mengakses internet untuk menjawab soalan yang telah disediakan oleh pihak UKM.


            Program ini bermula awal April 2011 dan dijangkan akan berakhir pada hujung bulan ini iaitu 31 April 2011. Disebabkan kekangan masa ini,  guru terlibat terpaksa menggunakan masa "free" untuk melengkapkan program ini. Semoga Program ini dapat dilengkapkan dan selesai dijawab sebelum tamat waktunya.




Tuesday, 19 April 2011

LAWATAN WAKIL PKG SIPITANG

        Hari ini, 2 orang wakil dari PKG telah melawat SK.Banting. Mereka datang ke sekolah untuk memantau penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam P&P.

       Guru Pusat Sumber Sekolah, Puan Mahani telah meluangkan masa seketika bersama mereka untuk melengkapkan borang pemantauan dari pihak PKG kepada sekolah.

       Secara keseluruhannya, SK.Banting mendapat pujian dan sedikit nasihat penambaikkan diberikan oleh pihak PKG untuk sekolah.