Selamat Datang

Wednesday 2 November 2011

KEM MEMBACA BI 1MALAYSIA

          Hari ini bermula jam 7.30 pagi telah berlangsung satu acara yang melibatkan semua guru dan murid. Acara yang dimaksudkan ialah acara "Kem Membaca BI  1Malaysia 2011". Majlis ini diadakan di tempat letak kereta.


          Acara hari ini bermula dengan pendaftaran  semua murid untuk mengambil buku cerita Bahasa Inggeris masing-masing. Kemudian, murid di agihkan kepada 2 kumpulan iaitu tahap 1 dan tahap 2 untuk duduk di tempat yang telah disediakan.

         Lebih kurang jam 9.00 pagi, acara rasmi bermula dengan juru acara memulakan acara dengan taklimat kepada semua peserta. Kemudian, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hairy bagi memberkati majlis pada hari ini. Selepas itu, Penolong Kanan 1, Puan Asiah@Siah memberikan uacapan sepatah dua dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

        Tepat jam 9.30 pagi, majlis membaca selama 2011 saat dimulakan dengan paluan drum oleh En. Sugianto dengan kiraan 5,4,3,2,1. Kemudian, murid-murid dan guru memulakan bacaan buku masing-masing selama 33 minit 31 saat.

       Acara berakhir  pada jam 10.04 pagi dan acara bergambar dijalankan untuk dihantar ke PPD sebagai dokumentasi  aktiviti Membaca 1Malaysia

Monday 31 October 2011

KURSUS DALAMAN KSSR TAHUN 2 /2012

            Bermula hari ini 31 Oktober 2011 sehingga esok 1 November 2011, satu Kursus Dalaman KSSR Tahun 2 bagi tahun 2012 telah diadakan di Bilik Darjah tahun 6. Kursus ini telah dikendalikan dan diuruskan oleh beberapa guru yang telah menghadiri Kursus KSSR di PKG Sipitang. Kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru lain mengenai dasar KSSR dan perubahan KBSR kepada KSSR.

          Kursus dalaman ini  perlu diadakan kerana pihak PPD mahu semua guru didedahkan mengenai KSSR dan mereka tidak janggal untuk tahun hadapan jika mereka terpaksa mengambil tugas mengendalikannya. Kursus ini dihadiri oleh semua guru kecuali Guru Besar ( Kursus di Kundasang ) dan Puan Ivy J.James ( cuti bersalin ).

           Setelah selesai Kursus Dalaman ini, satu laporan perlu dihantar ke PPD untuk makluman mereka akan pelaksanaan di sekolah.

Thursday 27 October 2011

LAKSA PENANG.....

            Hari ini murid-murid Tahun 6 telah mempelajari satu lagi  ilmu memasak  yang telah diajar oleh Ustaz Mohd Hairy Bin Ishak. Beliau telah menurunkan ilmu membuat "Laksa Penang".

           Pertama sekali, beliau mengajar murid-murid cara membuat "laksa". Untuk membuat laksa ini, tepung jagung, tepung gandum, minyak masak dan sedikit air panas diperlukan. Setelah diuli dan diadunkan, tepung tersenut dimasukkan ke dalam acuan dan dipusing untuk menghasilkan laksa.  Laksa yang dihasilkan ini haruslah dimasukkan ke dalam air panas yang mendidih supaya ia boleh terus masak.

          Kedua, murid-murid di ajar untuk membuat kuah laksa. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah laksa penang ini ialah sekilo ikan basung, daun kesum, bawang bombay, timun batang, kacang panjang, bunga kantan, cili kering dan cili api.

        Seterusnya, ikan basung dan cili kering tersebut akan direbus dan di "blender". Bahan-bahan lain seperti timun batang,  bawang bombay, cili api, bunga kantan dipotong dan diletakkan di dalam bekas. Kemudian, bahan-bahan ini akan dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak.

        Lebih kurang jam 10.00 pagi, proses memasak ini selesai dan murid-murid menjamu selera masing-masing. Guru-guru juga dijemput untuk merasai dan menikmati hasil masakan mereka. Proses menghasilkan "Laksa Penang"  hari ini berjaya dengan baiknya.


USTAZ HAIRY MEMBERI PENERANGAN

BAHAN-BAHAN LAKSA DI ULI

ANTARA LAKSA YANG SIAP

BAHAN-BAHAN ULAM

IKAN BASUNG

KUAH LAKSA PENANG

MURID-MURID MENIKMATI LAKSA PENANG

SEDAPNYA LAKSA PENANG NI....

    

Wednesday 26 October 2011

AKTIVITI MEMASAK TAHUN 6

             Pada hari ini, murid-murid Tahun 6 telah melakukan satu aktiviti memasak bagi mengisi masa lapang mereka. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari murid lelaki dan murid perempuan. Bahan-bahan memasak untuk aktiviti hari ini telah di bawa sendiri oleh murid.

            Aktiviti memasak ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi. Pelbagai juadah telah disediakan oleh murid mengikut kreativiti masing-masing bertemakan "Masakan Kampung" . Di antara menu yang disediakan ialah ikan goreng, kari ikan, gulai ikan masin, telur masak kari, gulai nangka, gulai batang pisang, sambal belacan, sambal mempelam, celur jantung pisang, nenas, air kelapa , air oren dan banyak lagi.

          Aktiviti memasak ini di awasi oleh guru kelas mereka iaitu Puan Normah Binti Haji Kambar. Murid-murid menggunakan dapur dari minyak tanah dan  dapur lilin. Mereka semua bekerjasama untuk menyiapkan menu dan juadah hari ini.

        Selepas semua juadah selesai dimasak, juadah mereka akan dihakimi dan dinilai oleh guru-guru berdasarkan kreativiti dan tema yang ditetapkan. Setelah diadili, murid-murid menjamu selera masing-masing.













Tuesday 25 October 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 HARI KEDUA

           Hari ini peperiksaan akhir tahun hari kedua berlangsung.  Peperiksaan bermula dengan Bahasa Inggeris kertas 1. Kemudian, kertas Kajian tempatan dan Bahasa Arab. Selepas rehat, Bahasa Inggeris Kertas 2 berlangsung.

         Hari ini juga Sekolah Kebangsaan Banting menerima lawatan pembekal untuk barang-barang panatia. Pembekal dari Kedai Buku Lawas ini membawa barangan yang ditempah oleh setiap panatia mata pelajaran untuk tahun hadapan.

        Pusat Sumber Sekolah juga telah dihiasi dan dihamparkan dengan karpet baru. Proses ini telah dilakukan dengan bantuan tukang kebun dan pengawal keselamatan sekolah  supaya Pusat Sumber Sekolah kelihatan lebih cantik dan kemas.

Sunday 23 October 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

             Bermula hari ini  24 Oktober 2011 sehingga 28 Oktober 2011, Peperiksaan Akhir Tahun 2011 telah bermula. Peperiksaan ini melibatkan semua murid  bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 5. Semua soalan disediakan oleh guru kecuali soalan Tahun 5 disediakan oleh JPN Sabah melalui EXCEL 2011.

         Pada hari ini, kertas yang dihadapi oleh murid-murid ialah Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan Dunia Sains Teknologi ( Tahun 1 ).

         Murid-murid kebanyakan dapat menjawab soalan yang diedarkan kepada mereka. Mungkin disebabkan mereka telah bersedia lebih awal. Diharap mereka akan mendapat keputusan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Friday 21 October 2011

BERAKHIRNYA KURSUS KSSR TAHUN 2 2011

             Hari ini merupakan hari terakhir untuk Kursus KSSR bagi Tahun 2 untuk 2011. Dengan perasmian penutup oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang, Encik Abdul Razak Bin Abdul Karim tadi, maka secara rasminya berakhirlah kursus KSSR untuk tahun ini.

            Dengan kursus yang telah diberikan oleh para Jurulatih Utama Daerah, pihak PPD sangat berharap ia dapat diaplikasikan sebaik-baiknya pada tahun 2012 nanti. Para guru mempunyai masa untuk menyediakan secukupnya Bahan Bantu Mengajar untuk persiapan pengajaran tahun depan.

          Walaupun  perubahan dasar dari KBSR kepada KSSR telah dilaksanakan oleh kerajaan, namun KSSR ini lebih menyusahkan dan memenatkan guru . Tetapi, KSSR ini akan memudahkan para murid kerana mereka tidak perlu berhumpas pulas mentelaah dan membaca buku dan pelajaran kerana tiada peperiksaan mahu pun ujian yang perlu dihadapi. Ini kerana penilaian tahap pencapaian murid akan diisi melalui band-band yang telah ditetapkan dan dinilai sepanjang tahun dan di isi secara "online",

         Diharap KSSR ini akan berjaya dijalankan di sekolah dan dapat meningkatkan tahap prestasi murid-murid di semua sekolah.

Thursday 20 October 2011

TEORI DAN PRAKTIKAL DALAM PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 2

          Selama 2 hari bermula kemarin dan hari ini, para peserta Kursus KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 2 telah didedahkan dengan teori dan praktikal untuk dilaksanakan di sekolah kelak. Kami dibimbing oleh 3 orang Jurulatih Utama iaitu Cik Nurdini Adibah dari SK. Mesapol ( PPD Sipitang), Encik Awang Mohd Salim ( PPD Beaufort ) dan Encik Yusman ( PPD Kuala Penyu ).

          Aktiviti yang dijalankan bersama Jurulatih Utama merangkumi Pergerakan Asas, Kemahiran Pergerakan  ( Lokomotor & Bukan Lokomotor ), Kemahiran ( Manipulasi Alatan ), Gimnastik Asas, Pergerakan Berirama dan Akuatik @ Rekreasi.

         Sepanjang aktiviti praktikal yang dijalankan selama 2 hari ini, banyak ilmu dan input baru yang diperolehi oleh para guru untuk di bawa ke sekolah kelak. Walaupun kami sedikit kepenatan kerana terpaksa menjiwai  pelajar tahun 2, tetapi kami gembira melakukan aktiviti yang di arahkan oleh Jurulatih Utama.

        Keesokan harinya, kami akan didedahkan dengan Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) dan cara memberi pelajar Band. petang esok juga akan diadakan Majlis Perasmian Penutup menandakan selesainya Kursus Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Tahun 2 untuk semua subjek pada tahun ini.

Monday 17 October 2011

KURSUS STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

               Hari ini bermula lah Kursus Standard Sekolah Rendah ( KSSR)  Pendidikan Jasmani Tahun 2. Kursus ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Merintaman bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Tempat asal kursus adalah di SMPO 2 tetapi disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, tempat kursus terpaksa memindahkan ke tempat lain.

            Kursus KSSR Tahun 2 di kendalikan oleh 2 orang Jurulatih Utama iaitu guru perempuan wakil  dari SK.Mesapol, Sipitang dan seorang lelaki wakil dari PPD Beufort. Kursus  ini akan berlangsung dari 17 Oktober 2011 sehingga 21 Oktober 2011 selama 5 hari.

           Kursus pendidikan jasmani ini merangkumi 2 bahagian iaitu teori di dalam kelas selama 2 hari  dan praktikal selama 2 hari yang akan di adakan di padang sekolah. Satu hari lagi ialah untuk Pentafsiran KSSR. Menurut sumber, KSSR pendidikan Jasmani ini ialah Slot Kursus KSSR terakhir untuk KSSR Tahun 2. Bermula minggu depan, Peperiksaan Akhir tahun dan EXCEL 2011 untuk Tahun 5 akan bermula.

           Diharapa kursus ini akan berlangsung dengan sebaik-baiknya walaupun cuaca tidak menentu.

Tuesday 11 October 2011

NEW BORN....

           Hari ini Sekolah Kebangsaan Banting menerima berita baik iaitu seorang guru telah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Sipitang. Beliau ialah Puan Ivy J.James. Anak beliau yang baru lahir ini ialah anak ketiga beliau. Sebelum ini beliau telah mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

          Hari ini juga, murid-murid Tahun 6 telah memulakan aktiviti sukan "outdoor"  iaitu permainan badminton. Permainan badminton ini melibatkan individu dan beregu. Tetapi hari ini hanya permainan perseorangan sahaja yang dilangsungkan.

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA BERMULA KEMBALI

            Hari ini bermula kembali secara rasmi aktiviti 1 Murid 1 Sukan di sekolah. Walaupun begitu, semangat untuk bersukan belum menampakkan hasilnya kerana ramai yang masih tidak memakai pakaian sukan khusus untuk latihan. Ini menyebabkan tidak semua aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan baik. Walaupun begitu, aktiviti terpaksa dijalankan supaya murid yang memakai pakiaan sukan dapat mengikuti latihan dengan sebaiknya.

           Hari ini juga, seorang guru SK. Banting telah dimasukkan ke dalam wad kerana teah cukup masa untuk bersalin. Kami warga sekolah semua mengharapkan agar beliau dapat melahirkan anak dengan baik dan sempurna.

          2 orang guru sekolah ini juga iaitu Puan Ismarinny dan Cik Nuraini  telah menghadiri Kursus Standard Sekolah Rendah ( KSSR) di PKG Sipitang. Kursus tersebut akan berlangsung selama 4 hari bermula hari ini sehingga hari Khamis. Kursus ini bagi matapelajaran Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual.

Monday 10 October 2011

SELESAI KURSUS KSSR PENDIDIKAN KESIHATAN DAN DUNIA SAINS & TEKNOLOGI

        Hari ini selesai lah Kursus KSSR untuk Pendidikan Kesihatan dan Dunia Sains & Teknologi. Kursus ini bermula dari 5 Oktober 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Keesokan harinya, bermula lagi siri ke-4 KSSR iaitu untuk Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual.

        Disebabkan bilangan guru yang tidak mengcukupi di setiap sekolah, ada di antara guru yang berkursus hari ini akan menghadiri lagi kursus pada keesokan harinya sehingga 16 oktober 2011 selama 4 hari.

       Dapatan dari kursus selama 4 hari ini akan di gunapakai pada tahun depan untuk setiap matapelajaran KSSR. Jurulatih Utama juga berharap agar ilmu yang didapati pada kursus selama 4 hari akan disebarkan kepada guru-guru lain di sekolah.

      Dengan KSSR yang akan dilaksanakan bagi Tahun 1 dan Tahun 2, maka bertambahlah tugas "pengkeranian"  bagi guru matapelajaran teras dan elektif bagi tahun 1 dan tahun 2. Walaupun begitu, setiap guru akan memikul tanggungjawab ini demi anak didik yang akan dibentuk dan dilatih supaya mereka akan menjadi insan yang berguna kelak.

Wednesday 5 October 2011

KURSUS STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR )

           Hari ini bermula kembali kursus KSSR bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan Sains untuk Tahun 2. Kursus ini telah diadakan di PKG Sipitang bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

          Kursus ini bermula dengan taklimat pagi bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi oleh wakil PPD Sipitang selama 30 minit. Seterusnya, para guru dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.

        Secara keseluruhannya, kursus ini relaks dan santai memandangkan beberapa orang guru pernah mengikutinya sejak KSSR diperkenalkan tahun lepas lagi untuk murid Tahun 1.

Monday 3 October 2011

MINGGU PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH UGAMA ( SRU)

       Bermula hari ini sehingga sabtu ini, satu peperiksaan SRU telah berlangsung. Peperiksaan ini melibatkan pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 yang mengambil SRU. Peperiksaan ini berlangsung di Sekolah Ugama Pantai, Sipitang.

       Pada dasarnya,  6 orang murid tahun 6 dan 11 orang murid tahun 5 mengambil peperiksaan ini. Hal ini menyebabkan  kelas tahun 5 dan tahun 6 lenggang dan beberapa orang murid yang tidak mengambilnya tidak dapat belajar dengan baik kerana kekurangan ahli.

       Beberapa orang guru juga tidak dapat hadir ke sekolah kerana pelbagai alasan. Guru besar sendiri tidak dapat hadir ke sekolah hari ini disebabkan sakit perut. Puan Mahani pula tidak dapat hadir kerana banjir di Bukau. Manakala, Puan Musliawati dan Puan Normah tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa menghadiri Kursus KSSR tahun 2 untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di PKG Sipitang.

       Dengan ketidakhadiran guru ini, beberapa waktu di kelas tidak ada guru dan guru-guru lain terpaksa mengantikan seketika kelas tersebut dengan memberikan beberapa kerja supaya tidak bising.

       Minggu ini juga aktiviti 1M1S akan bermula kembali setelah berhenti rehat selama sebulan pada bulan puasa. Walaupun murid tahun 5 dan tahun 6 tidak mengcukupi, tetapi aktiviti akan diteruskan juga dengan murid yang tinggal.

        2 orang murif tahun 5 ( 1 Lelaki dan 1 Perempuan ) dan 2 murid tahun 4 ( 1 Lelaki dan 1 Perempuan )  akan mewakili sekolah ke Perkhemahan perdana 1M1S di SMK. Sindumin pada 5 Oktober sehingga 7 Oktober 2011. Mereka akan bermalam di sana selama 3 hari 2 malam.

        Diharap semua perancangan aktiviti untuk minggu ini akan berlangsung dengan lancar dan baik.

Saturday 24 September 2011

PERKHEMAHAN PERDANA MGB KUMPULAN 4 DI ULU BOLE

           Bermula 23 september 2011 sehingga 24 september 2011 satu Perkhemahan Perdana MGB Kumpulan 4 telah diadakan di Sekolah Rendah Ulu Bole. Perkhemahan ini melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK.Ulu Bole, SK.Banting, SK.Kawang, SK.Mendulung dan SK. Lubang Buaya. 

          Bagi murid SK.Banting, perjalanan ke Ulu Bole bermula lebih kurang jam 11.00 pagi 23 September 2011 itu. Perjalanan ke sana menggunakan 2 buah kereta iaitu sebuah pikap dan sebuah hilux. Murid-murid perempuan dan  2 guru perempuan menaiki pikup manakala murid-murid dan 2 guru lelaki menaiki hilux.

          Perjalanan ke Ulu Bole memakan masa selama 2 jam. Kami sampai ke kawasan Sekolah Kebangsaan Ulu Bole lebih kurang jam 1.00 tengahari. Kemudian murid ke padang sekolah untuk memasang khemah masing-masing. Selesai memasang khemah, murid diberikan makanan masing-masing.

          Selepas semua selesai makan, murid ke surau untuk solat zuhur dan asar kemudian  berehat seketika sebelum aktiviti seterusnya bermula. Pada jam 4.00 petang, majlis perasmian bermula dan majlis tersebut di rasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang.

          Setelah tamat majlis perasmian, murid dibenarkan membersihkan diri sebelum makan malam bermula.  Setelah selesai makan malam, murid ke surau untuk solat maghrib dan isyak sebelum acara "ice breaking"  bermula jam 8.00 malam. Lebih kurang jam 9.30 malam, acara  "ice breaking"  selesai dan semua murid dibenarkan masuk tidur. Guru-guru  pula akan bersama dengan pegawai PPD untuk slot khas bersamanya. Majlis bersama dengan Pegawai PPD tamat pada jam 12.00 malam dan semua guru dibenarkan untuk pulang ke khemah masing-masing untuk tidur.

         Keesokan harinya bermula jam 5.00 pagi , semua murid bangun dan membuat persiapan diri sebelum solat subuh dan kuliah subuh. Selesai solat subuh, murid dibenarkan pulang ke khemah sebelum acara senamrobik bermula jam 6.00 pagi. Acara senamrobik berlangsung selama sejam dan seterusnya murid sarapan pagi.

        Lebih kurang jam 8.00 pagi, semua murid dan guru bersiap-siap untuk aktiviti "kembara".  Perjalanan kembara ini  melibatkan aktiviti menaiki bukit selama 2 jam untuk naik dan turun. Aktiviti kembara ini mencabar juga kerana keadaan bukit yang sedikit cerun dan keadaan sekeliling perjalanan yang dipenuhi lalang yang tinggi dan pokok-pokok lain.

        Setelah aktiviti kembara tamat, semua murid dibenarkan berehat seketika dan membersihkan diri. Masa ini digunakan oleh murid untuk berehat dan berkemas-kemas barang masing-masing.  Majlis seterusnya ialah majlis perasmian penutup dan majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK.Kawang.

      Majlis perasmian ini berlangsung dengan baik. Setelah majlis perasmian ini selesai, semua murid diarahkan untuk mengemas kembali pakaian dan khemah masing-masing sebelum  "Majlis Makan Perdana" bermula.

      Perkhemahan Perdana ini tamat setelah semua murid siap berkemas. Setelah kenderaan sapai jam 1.00 tengahari, semua murid dan guru pulang ke sekolah masing-masing.

Thursday 22 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA DAN MERDEKA SEKOLAH 2011

             Pada hari ini, satu majlis sambutan hari raya dan hari merdeka telah dijalankan dengan sederhana. Majlis ini telah dihadiri oleh wakil Balai Polis Sindumin, wakil Klinik Ibu Dan Anak Banting, Guru Besar SK.Sindumin, Guru Besar SK.Pantai, PK.Kanan KOKUM SK.Kuala Mengalong, Timb.Yang Dipertua PIBG dan Pengerusi JKKK Kampung Sipitang.
ANTARA BASIKAL BERHIAS YANG TURUT BERTANDING
          Majlis sambutan hari ini bermula dengan kehadiran murid SK.Banting dengan basikal berhias mereka dan seterusnya kehadiran para ibubapa ke halaman sekolah. Setiap ibubapa diberikan sekeping nombor untuk cabutan nombor bertuah. Para jemputan pula hadir ke sekolah sekitar jam 9.00 pagi. Setelah para jemputan mengambil tempat, juru acara memulakan acara hari ini.


JURU ACARA YANG BERPENGALAMAN
          Kemudian wakil Balai Polis Sindumin, Guru Besar SK.Banting dan Penolong Kanan KOKUM SK.Banting telah ke tapak pameran basikal untuk menilai dan memberikan markah untuk pertandingan basikal berhias sempena "MERDEKA RAYA"  hari ini.

PARA JEMPUTAN MEBGAMBIL TEMPAT
         Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh wakil JKKK Kampung Sipitang dan nyanyian lagu "negaraku"  dan "sabah tanah airku" .Majlis diteruskan lagi dengan  ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK.Banting
BACAAN DOA SELAMAT
         Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu kemerdekaan dan laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Encik Dahli. Selepas itu, guru besar menyerahkan cek replika Pusat Zakat Sabah kepada wakil ibubapa.
NYANYIAN LAGU KEMERDEKAAN
         Majlis kemuncak sambutan hari ini diteruskan lagi dengan cabutan-cabutan teket bertuah untuk murid setiap kelas, guru dan AKS dan jemputan.

 
         

            Kemudian penyampaian hadiah "basikal merdeka berhias" dan 'duit raya" telah dijalankan dengan guru kelas menyampaikan kepada murid kelas masing-masing.

JOHAN BASIKAL BERHIAS

         Akhir sekali, acara yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu acara jamuan makan. Semua jemputan, guru dan jemputan telah dijemput untuk menjamu selera masing-masing di tempat yang telah dikhaskan.

PARA IBU MENJAMU SELERA

PARA BAPA MENJAMU SELERA

MURID MENJAMU SELERA
       

Wednesday 21 September 2011

PERSIAPAN UNTUK SAMBUTAN "MERDEKA RAYA"

              Hari ini telah diadakan persiapan terakhir untuk sambutan "MERDEKA RAYA" . Persiapan ini melibakan pemasangan khemah sebanyak 2 biji, proses menyusun kerusi di dalam khemah tersebut dan penyusunan meja-meja untuk tempat makan ibubapa dan hadiah.

             Pemasangan khemah sebanyak 2 biji telah melibatkan beberapa orang guru dan murid-murid tahun 6. Hal ini sedemikian kerana pemasangan khemah ini memerlukan tenaga yang banyak kerana ia memerlukan ketelitian. Murid-murid tahap 2 dikerahkan untuk menyusun kerusi di bawah khemah tersebut kerana murid tahun 6 tidak ramai dan keadaan ini akan menyusahkan mereka semua.

           Beberapa orang guru berkenaan juga sibuk dengan persiapan PA System. Ini memandangkan kelengkapan ini diperlukan keesokan harinya untuk membuat pengumuman dan lain-lain hal.

        Raptai untuk acara esok juga telah dilakukan oleh guru-guru supaya majlis esok akan berlangsung dengan lebih lanjut tanpa apa-apa masalah. Diharap program esok akan berlangsung dengan jayanya. Amin.

Tuesday 20 September 2011

HARI KE-2 UJIAN OGOS

           Pada hari ini, ujian bulan  ogos telah disambung ke hari kedua. Ujian hari ini bermula dengan Bahasa Inggeris kertas 1. Kemudian, ujian diteruskan dengan Bahasa Inggeris kertas 2. Selepas rehat, ujian diteruskan dengan kertas sains.

          Beberapa orang guru dengan bantuan murid tahun 6 sibuk menghias dan menyusun untuk persiapan hari raya yang akan diadakan pada hari khamis ( 22 September 2011 ) nanti.

Monday 19 September 2011

BERMULA UJIAN OGOS 2011

           Hari ini bermula lah ujian ogos bagi semua murid tahun 1 sehingga tahun 5. Ujian ini bermula jam 8.00 pagi dan tamat 12.40 tengahari. Ujian hari ini melibatkan Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Islam.

          Walau bagaimana pun, ujian Pendidikan Islam untuk Tahun 1, 2 dan 3 tidak dapat dijalankan memandangkan guru yang menyediakan soalan ujian masih di semenanjung dan tidak balik lagi ke sabah. Mungkin esok beliau akan hadir ke sekolah untuk menyediakan soalan pendidikan islam kepada murid yang belum menghadapinya.

Saturday 17 September 2011

JOGATHON DAN SUKANEKA PSKPPS DAERAH SIPITANG

            Hari ini bermula seawal jam 7.00 pagi, pendaftaran untuk Pertandingan Jogathon PSKPPS Daerah Sipitang telah berlangsung. Pertandingan ini melibatkan semua guru di daerah sipitang melalui zon masing-masing.

         Setelah semua peserta mendaftarkan diri, jam 8.00 pagisemua peserta dilepaskan untuk larian jogathon. Guru Besar SK.Banting dilihat mendahului semua peserta lain di depan dengan lariannya yang sangat bertenaga. Setelah semua peserta memulakan langkah larian masing-masing, lebih kurang jam 9.15 pagi semua peserta berjaya menamatkan larian mereka bermula dari SMl.Padang Berampah menuju ke SFI dan patah balik semula ke SMK. Padang Berampah.

         Selesai larian jogathon, acara golf telah dimulakan dan kelihatan Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Abdul Razak Abdul Karim memulakan pukulan disamping peserta-peserta lain. Setelah acara pukulan golf tamat, acara sukaneka telah bermula. Terdapat pelbagai acara sukaneka disediakan oleh penganjur dan urusetia. Kelihatan guru-guru gembira dengan sukaneka yang berlangsung.

         

Thursday 15 September 2011

BERAKHIRNYA UPSR 2011

           Hari ini merupakan hari terakhir untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR ) 2011.  Peperiksaan hari ini bermula dengan kertas Sains bermula jam 8.00 pagi diikuti Bahasa Inggeris kertas 1 bermula jam 10.30 pagi dan seterusnya Bahasa Inggeris Kertas 2  bermula jam 11.45 pagi.  Setelah berehat seketika, bermula jam 2.30 petang Ujian Aplitud bermula.

           Seawal  pagi lagi, hujan turun dengan amat lebat sekali. Ditambahkan dengan ketiadaan bekalan elektrik seketika di sekolah menyebabkan suasana pagi di sekolah agak tenang dan sepi. Lebih kurang jam 8.00 pagi baru lah bekalan elektrik kembali kepada sediakala. Pihak sekolah amat bersyukur kerana jika tiada bekalan elektrik, susah untuk calon menjawab peperiksaan kerana keadaan sekeliling gelap.

         Pihak sekolah juga dilawati oleh wakil SK. Sindumin untuk meminjam khemah untuk acara sambutan hari raya sekolah mereka minggu depan. Pihak sekolah juga di lawati oleh Guru besar Ulu Bole untuk membincangkan mengenai perkhemahan Perdana yang akan diadakan nanti.

Wednesday 14 September 2011

HARI KE-2 UPSR 2011

             Hari ini, semua murid tahun 6 menghadapi satu lagi kertas iaitu Kertas 1 Matematik. Peperiksaan bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.15 pagi selama 1 jam 15 minit. Selepas selesai peperiksaan tersebut, semua murid dibenarkan pulang memandangkan tiada lagi kertas yang akan di hadapi.

             Peperiksaan akan bersambung keesokan harinya dengan beberapa kertas lagi. Semoga esok akan memberi ketenangan yang lebih baik untuk murid menghadapi kertas lain.

Tuesday 13 September 2011

BERMULA UPSR 2011

           Hari ini, bermulalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2011. Peperiksaan bermula dengan Bahasa Melayu Kertas 1. Kemudian, peperiksaan diteruskan dengan Bahasa Melayu Kertas 2. Selepas berehat, murid menghadapi kertas terakhir untuk hari ini iaitu Matematik Kertas 2.

       Seramai 3 orang pengawas ditugaskan menjaga UPSR 2011 di sekolah kami. Mereka terdiri daripada 2 orang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Peperiksaan UPSR bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

        Secara keseluruhan, semua murid menyatakan mereka dapat menjawab peperiksaan tersebut dan diharap mereka mendapat keputusan yang baik.

        Pihak sekolah juga telah dilawati oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang seramai 2 orang. Mereka datang untuk memantau perjalanan UPSR di sekolah kami. mereka berpuas hari dengan peperiksaan yang dijalankan.

        Suasana sekolah agak sepi kerana semua murid tiada dan ini menyebabkan kebanyakan guru bosan dan ada yang berjalan-jalan mencari makanan di kedai-kedai berdekatan di Sindumin. Hal ini kerana, sekolah tidak ada kantin dan guru-guru terpaksa ke Sindumin untuk mencari sedikit makanan untuk mengalas perut mereka sementara menunggu 12.40 tengahari.

Monday 12 September 2011

MINGGU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2011

          Hari ini merupakan hari terakhir untuk persiapan bagi murid tahun 6 sebelum menduduki peperiksaan UPSR 2011 keesokan harinya. Pada perhimpunan pagi hari ini, Guru Besar mengumumkan bahawa semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 5 diberikan cuti rehat selama 3 hari untuk memberikan ketenangan kepada Murid tahun 6 menghadapi UPSR. Beliau juga mengumumkan pada hari jumaat ( 16 September 2011 ), semua murid diberikan cuti sempena Hari Malaysia.

        Pada hari ini juga, Pihak sekolah dimaklumkan bahawa Pn. Musliawati terpaksa terbang pulang ke kampung kerana anaknya dimasukkan ke wad kanak-kanak. Dengan itu, beliau tidak hadir ke sekolah beberapa hari sehingga anaknya sohat sepenuhnya.

       Sekolah juga hari ini telah di lawati oleh 2 orang guru yang akan bertugas sebagai pengawas UPSR keesokan harinya. Secara keseluruhannya, mereka berpuas hati dengan tempat yang disediakan untuk murid-murid menjawab peperiksaan.

     Semoga murid-murid Tahun 6 akan dapat menjawab soalan UPSR 2011 dengan jayanya.

Friday 9 September 2011

BACAAN YASIN PERINGKAT SEKOLAH

           Hari ini jam 9.00 pagi, satu majlis bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan di Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan Banting. Majlis ini di hadiri oleh ibu bapa, murid tahun 6 dan guru-guru lelaki. Majlis ini dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Guru Besar. Kemudian, bacaan yasin dimulakan dengan di pimpin oleh imam Kampung Banting. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh ustaz hairy.

        Selesai bacaan yasin dan tahlil, semua ibu bapa, murid dan guru dijamukan dengan kuih muih raya dan air kotak. Majlis selesai lebih kurang jam 10.20 pagi dan murid dibenarkan untuk berehat sebelum loceng seterusnya untuk kembali ke kelas di bunyikan.

         Semoga dengan daya usaha terakhir ini dapat memberikan ketenangan dan keyakinan untuk para calon UPSR 2011 untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukana kelak.

Thursday 8 September 2011

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA

             Pada hari ini, satu majlis solat hajat dan bacaan yasin perdana sempena UPSR 2011 yang akan dihadapi oleh murid tahun 6 pada 13 september 2011 sehingga 15 september 2011.  Majlis tersebut diadakan di Masjid Haji Hashim di pekan sipitang.

          Majlis ini bermula sekitar jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam. Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sipitang iaitu Datuk Sapawi. Dalam agenda yang dirancang, pada jam 5.30 petang ahli parlimen sipitang akan berucap sehinggalah masuk waktu maghrib. Kemudian, setelah selesai solat maghrib bacaan yasin beramai-ramai akan diadakan sehingga waktu isyak. Selesai solat isyak, solat hajat akan diadakan dan seterusnya semua akan dijamu dengan sedikit hidangan.

Sunday 4 September 2011

BERMULA KEMBALI SEKOLAH SELEPAS CUTI RAYA DAN CUTI SEKOLAH

            Bermula hari ini  5 September 2011, semua murid menyambung kembali sesi pembelajaran selepas bercuti selama 9 hari untuk berhari raya. Walaupun begitu, bermacam-macam gelagah murid dapat diperhatikan semasa perhimpunan pagi.  Ada murid yang berambut baru ala-ala punk, ada yang rambut raya botak dan bermacam-macam lagi. Ada juga murid yang masih menyambung cuti raya dan tidak hadir ke sekolah.

            Walaupun suasana raya masih di rasai oleh semua tetapi murid-murid Tahun 6 tidak dapat beraya dengan senang hati memandangkan minggu depan iaitu bermula 13 September 2011 sehingga 15 September 2011 akan bermulalah satu perjuagan hidup mati bagi penentuan masa depan mereka. Pada tanggal tersebut, Peperiksaan UPSR akan bermula.

           

Tuesday 23 August 2011

SUASANA BERAYA

            Bermula minggu ini, Sekolah Kebangsaan Banting  telah dilanda "demam"  raya. Hal ini kerana kebanyakan guru sibuk dengan perbincangan dengan kuih raya, baju raya dan tudung raya. Ada yang mencari resepi dari internet, kawan-kawan guru yang lain dan mencari dari buku. Tidak terkecuali juga ada yang menjual alatan perhiasan untuk pakaian raya nanti.

           Hari ini juga, sekeping surat dari pihak PPD menyatakan bahawa penyambungan cuti tidak dibenarkan sama ada sebelum cuti mahu pun selepas cuti. Tetapi perkara ini adalah perkara lapuk dan telah diketahui umum bahawa  perantau terutama guru-guru dari semenanjung tidak boleh lari dari perkara ini memandangkan teket "flight"  mereka bukan boleh diubah-ubah dan dijangka memandangkan teket itu telah dibeli  awal lagi.

            Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa "cemburu"  guru-guru sabah. Ini kerana mereka tidak dapat memohon cuti tambahan untuk beraya. Tepai mereka terpaksa akur dan redha kerana semua perkara ini sudah lapuk dan diketahui umum permasalahannya. Mereka juga faham masalah yang dihadapi oleh guru-guru semenanjung.
         Kebanyakan murid juga ada yang tidak hadir sekolah kerana membeli pakaian raya dan persiapan raya. Ini menyebabkan suasana kelas sedikit sunyi  dengan kehadiran murid yang tidak ramai.  Walau bagaimana pun, pihak sekolah mengucapkan:

       "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"


Friday 19 August 2011

POST-MOTERM PEMANTAUAN PPD KE SEKOLAH DAN PERKHEMAHAN PERDANA DI ULU BOLE

                 Pada 18 Ogos 2011( Khamis) iaitu kemarin, satu Mesyuarat telah diadakan di Bilik Pemulihan. Mesyuarat tergempar ini membincangkan mengenai Lawatan Pemantauan PPD ke Sekolah. Dengan lawatan itu, satu Post-Moterm harus diadakan untuk memberi maklum balas mengenai komen yang telah diberikan.

                  Dalam Laporan Pemantauan ini, banyak komen yang telah diberikan untuk penambahbaikan. Walaupun begitu, kebanyakan komen yang telah diberikan telah disediakan dan tidak "dilihat"  oleh pihak PPD, pihak sekolah harus memberikan maklum balas di atas perkara  ini.

                 Pada mesyuarat ini juga, Penolong Kanan Ko-Kurikulum telah menyentuh sedikit mengenai perlantikan AJK untuk Perkhemahan Perdana yang akan diadakan di SK.Ulu Bole pada 13-15 September 2011. Beberapa orang guru "dipaksa dan terpaksa"  menerima lantikan dan jawatan yang diberikan walaupun kebanyakan guru mungkin tidak dapat menghadirkan diri ke Perkhemahan Perdana tersebut dengan pelbagai alasan.


               Pada hari ini iaitu 19 Ogos 2011, pihak pergigian telah selesai mengadakan pemeriksaan pergigian kepada semua murid sekolah ini. hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, ramai murid yang terpaksa ditampal gigi mereka dan ada juga yang terpaksa dicabut gigi mereka kerana masalah yang dihadapi. Murid Tahun 1 pula diberikan Ubat Gigi Colgate dan berus gigi bagi menggalakkan mereka memberus gigi mengamalkan budaya sihat ini.

             Pada jam 2.30 petang hari ini juga, Mesyuarat Perkhemahan Perdana yang melibatkan semua Guru Besar, Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan Guru Penasihat Badan Beruniform telah diadakan di PKG Sipitang bagi membincangkan perkhemaham yang akan diadakan kelak. Diharap hasil perbincangan ini akan memuaskan hati semua pihak kelak.

Monday 15 August 2011

LAWATAN WAKIL PPD SIPITANG KE SEKOLAH

           Pada hari ini lebih kurang jam 9.00 pagi, 2 orang wakil dari PPD Sipitang telah datang melawat. Salah seorang wakil tersebut ialah Pegawai Khas PPD iaitu Cik Juriana. Kedatangan mereka di sambut oleh Tuan Guru Besar, Encik Zainal dan ada beberapa perkara dibincangkan bersama.


          Pada hari ini juga, murid-murid Pra-Sekolah ketiadaan guru dan PPM. Ini kerana mereka berdua bercuti. Disebabkan itu, pihak sekolah mengambil langkah alternatif dengan meletakkan murid-murid pra-sekolah ini di Bilik Pemulihan supaya guru lain senang memantau dan melihat aktiviti mereka. Secara keseluruhannya, murid pra-sekolah dapat dikawal memandangkan bilangan murid pra-sekolah hanyalah 6 orang.

               Sekolah kami juga telah dilawati oleh Kementerian Kesihatan untuk memeriksa gigi semua murid. Mereka telah tiba di sekolah pada jam 10.00 pagi dan pemeriksaan gigi selesai jam 12.40 tengahari.

Friday 12 August 2011

Fail Panatia

           Sejak Selasa sehingga hari ini, semua Ketua Panatia sibuk menyediakan fail panatia seperti yang dikehendaki dalam senarai yang diberikan. Hal ini kerana Pihak PPD akan mengadakan lawatan untuk memantau isi-isi di dalam fail setiap panatia.

            Disebabkan lawatan ini, semua Ketua Panatia melengkapkan isi di dalam setiap fail masing-masing. ketua Panatia yang paling sibuk ialah ketua Panatia mata pelajaran teras.  Ini kerana terdapat banyak perkara yang perlu dipenuhi dan di isi oleh mereka termasuklah Fail UPSR. Dengan ini, kebanyakan guru "sibuk"  menyediakan maklumat yang diperlukan.

           Walau bagaimana pun, setelah hampir semua fail dipenuhi, pihak PPD tidak dapat hadir ke sekolah. Keadaan ini sedikit sebanyak mengecewakan para guru tetapi kami semua redha dan sudah bersiap sedia bila-bila sahaja dilawat. Boleh dikatakan semua fail setiap panatia lengkap.

             Di harap jika lawatan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada hari isnin, tidak banyak "complain"  yang diberikan oleh pihak PPD.

Monday 8 August 2011

MINGGU KEDUA PUASA

           Bermula minggu ini, guru j-qaf sekolah telah kembali bertugas. Dengan ini, situasi kelas dan sekolah dapat dikawal kerana setiap kelas akan ada guru yang mengajar pada waktu yang ditetapkan. Walaupun begitu, setiap guru masih sibuk dengan SAPS iaitu pengisian markah untuk TOV/ETR.

         Pada hari ini, Guru Besar tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa ke hospital. Penolong Kanan HEM juga terpaksa menghadiri Mesyuarat HEM di PKG Sipitang. Walau pun begitu, keadaan kelas untuk guru tersebut dapat dikawal dengan murid memasuki Perpustakaan untuk NILAM.

Friday 5 August 2011

SAPS GURU MATA PELAJARAN

              Sedar tak sedar, sudah 5 hari ibadat puasa dijalankan. Bermula hari ini sehingga 15 Ogos 2011, semua guru mata pelajaran dari Tahun 2 sehingga Tahun 6 dikehendaki mengisi markah Ujian Bulan Mac dan Peperiksaan Penggal 1 ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

             Dengan ini, semua guru SK.Banting akan mulai sibuk dengan pengisian markah untuk 2 peperiksaan untuk mata pelajaran yang di ajar masing-masing. Setiausaha peperiksaan sekolah sangat berharap para gur dapat menyiapkan pengisian markah murid dapat dilakukan sebelum 15 ogos 2011 untuk menyenangkan pengurusan seterusnya. Diharap sistem SAPS tidak menyusahkan para guru dengan sistemnya.

Wednesday 3 August 2011

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

           Hari ini, taklimat untuk SAPS ( Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ) telah di adakan oleh setiausaha peperiksaan sekolah. SAPS ini melibatkan semua guru yang mengajar di sekolah terutamanya Guru Kelas. Hal ini sedemikian kerana pihak kementerian senang memantau prestasi murid bagi setiap sekolah di seluruh negara.

         Walaupun sistem ini agak canggih, tetapi ia sagat menyusahkan semua guru. Ini kerana guru kelas terpaksa memasukkan data murid ke dalam sistem secara manual. Kemasukan data murid ini sangat penting kerana guru mata pelajaran lain akan mengisi markah murid pula selepas semua data murid selesai dimasukkan.

            Pada hari ini juga, Encik Sugianto masih demam dan tidak dapat hadir ke sekolah. Walaupun begitu, kelas yang di ajarnya sudah ada penganti.

          Pada hari ini  murid diedarkan dengan alatan tulis sekolah berupa buku tulis, pen dan pensel. Mereka gembira apabila menerima bekalan alatan tulis yang disumbangkan oleh pihak kerajaan negeri sabah.

Tuesday 2 August 2011

PERMULAAN PUASA RAMADHAN...

        Sejam kemarin, bermula lah ibadat puasa ramadhan. Dengan bermulanya ibadat puasa, kebanyakan murid  "monyok"  walaupun ada yang cergas bermain. Hal ini kerana ada sesetengah murid yang belajar menjalani ibadat puasa.

        Pada hari ini, sesetengah guru tidak hadir ke sekolah. Ini kerana ada di antara mereka yang demam, sakit mata, anak sakit dan menghadiri kursus. Puan Ivy tidak hadir ke sekolah kerana dijangkiti sakit mata manakala Encik Sugianto tidak hadir kerana demam. Puan Musliawati pula masih belum hadir ke sekolah daripada cuti bersalin kerana beliau mengambil cuti tambahan seminggu kerana anaknya sakit. Puan Ismarinny pula mengghadiri Kursus SAPS di PKG Sipitang manakala Encik Dahli pula menghadiri Kursus DOSR di SMPO 2.


          Memandangkan cuaca yang panas dan terik, kebanyakan murid dan para guru tidak bersemangat dan kurang pergerakan murid untuk bising. Dengan ini, aktiviti kawalan kelas dapat dilakukan dengan lebih baik dan terancang.

Monday 25 July 2011

PERHIMPUNAN PAGI YANG SEPI...

         Pada hari ini, sesi persekolahan bermula  suasana yang tenang dan sepi.  Hal ini kerana cuaca pagi yang mendung dan tenang. Perhimpunan pagi hari ini tidak semeriah sebelumnya kerana kehadiran guru yang tidak menggalakkan. Hal ini sedemikian kerana guru-guru mungkin menghadapi masalah peribadi masing-masing. Guru besar juga tidak hadir dan dari sumber yang tidak rasmi mengatakan beliau telah mengikuti rombongan melawat ke SK.Ulu Lubai, Sarawak.

          Perhimpunan pagi hari ini mulai ceria dan meriah selepas Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Sugianto Panus dan Puan Ismarinny Sarbini memanggil beberapa orang murid untuk mengeja beberapa perkataan English dan diikuti dengan bacaan sifir oleh beberapa orang murid.

       Sesi P&P masih berjalan seperti biasa memandangkan kebanyakan guru ada di sekolah dan setiap waktu kelas dapat diisi. Beberapa murid LINUS juga di panggil untuk diberikan Ujian Saringan untuk  menguji tahap mereka dan alhamdulillah kebanyakan murid melepasi Ujian Saringan yang dijalankan.

        

Friday 22 July 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH SIPITANG 2011

               Hari ini bertempat di SMK.Pengiran Omar 2 telah diadakan satu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 2011. Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan semua guru daerah sipitang melaporkan diri dengan mengisi kehadiran sekolah masing-masing. Lebih kurang jam 9.00 pagi, Pegawai Pelajaran Daerah dan Ketua Sektor di JPN Sabah telah sampai dan majlis dimulakan.


               Majlis Dimulakan dengan nyanyian Lagu "Negaraku" dan Lagu " Sabah". Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa. Selesai bacaan doa, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah memberikan ucapan alu-aluan untuk menyambut kehadiran ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Sabah ke Daerah Sipitang untuk pertama kalinya.

             Setelah selesai ucapan Pegawai PPD, Ketua Sektor memberikan sedikit ucapan  dan seterusnya merasmikan Program Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah. Kemudian, beliau menyampaikan sijil kepada guru-guru yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (  APC )  2010.

          Selesai penyampaian sijil, Ketua Sektor dan pegawai PPD di persilakan duduk di tenpat yang dikhaskan  dan upacara menaikkan bendera dilakukan oleh wakil guru dari SMK.pengiran Omar 2. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua guru yang diketuai oleh Pengetua SMK.pengiran Omar.


         Persembahan koir oleh guru-guru SMK. Padang Berampah menyusul selepas itu. Mereka semua mempersembahkan 3 buah lagu iaitu Lagu Guru Malaysia, Lagu Tema Hari Guru 2011 dan Lagu Warisan. Setelah habis persembahan guru-guru ini, murid-murid dari SK. Merintaman mempersembahkan satu lagu untuk para guru iaitu "Terima kasih Cikgu".

        Kemudian, Penyampaian Anugerah Pesara Pendidikan dan Anugerah Tokoh Guru Daerah Sipitang 2011 dilakukan. Mereka dianugerahkan dengan sijil dan sedikit cenderahati dari pihak PPD.







SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH SIPITANG 2011

             Pada 23 Julai 2011 iaitu keesokan harinya, satu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sipitang 2011 akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar 2 pada jam 7.40 pagi. Majlis sambutan ini akan di raikan oleh semua guru di Daerah Sipitang dan kehadiran para guru DIWAJIBKAN. Hal ini sedemikian kerana jika kehadiran guru tidak diwajibkan, maka jumlah kehadiran guru-guru akan  berkurangan kerana esok merupakan hari cuti dan kebanyakan guru mempunyai perancangan aktiviti masing-masing.

            Bagi SK.Banting, Guru Besar telah memberitahu akan kehadiran dan surat tunjuk sebab mesti diberikan jika tidak hadir ke majlis tersebut. Pada hari ini juga, guru-guru yang menghadiri program kemarin memberi pendapat tentang penambahbaikan kepada guru besar supaya pada masa akan datang segala kekurangan dapat di atasi dan dipertingkatkan.

           Diharap esok tempat letak kereta di SMK. Pengiran Omar 2 mencukupi untuk menampung kehadiran semua guru di Daerah Sipitang ini. Hal ini kerana tempat letak kereta sangat terhad di sana.

Thursday 21 July 2011

PROGRAM BIMBINGAN BERFOKUS SEKOLAH KUMPULAN 4 HARI KEDUA

          Hari ini,  Program Bimbingan Berfokus Sekolah Kumpulan 4 masuk hari kedua. Pada hari ini, murid didedahkan dengan tips menjawab soalan untuk Mata Pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Slot 1 untuk program  ini bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Setiap kumpulan dibimbing oleh 2 orang guru dan soalan yang di bincangkan ialah Bahagian B.

          Seterusnya, slot 2 iaitu untuk Mata Pelajaran Bahasa Inggeris bermula jam 10.15 pagi selepas murid berhenti rehat.  Perbincangan  dijangka tamat jam 12.30 tengahari dan seterusnya perasmian  penutupan diadakan dan ia dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah iaitu Encik Abdul Razak.


Wednesday 20 July 2011

PROGRAM BIMBINGAN BERFOKUS SEKOLAH KUMPULAN 4

           Hari ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya telah diadakan satu program untuk murid-murid tahun 6 kumpulan 4. Program tersebut ialah Program Bimbingan Berfokus Sekolah Kumpulan 4. Program ini melibatkan mata pelajaran teras sahaja iaitu Bahasa Melayu, English, Sains dan Matematik. Program ini akan berlangsung selama 2 hari bermula 20 Julai 2011 sehingga 21 Julai 2011.

           Untuk hari ini bermula jam 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi merupakan Slot 1 iaitu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari merupakan slot 2 untuk mata pelajaran Matematik. Untuk slot esok, bermula 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi merupakan slot untuk mata pelajaran Sains dan untuk slot 2 adalah untuk mata pelajaran 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Monday 18 July 2011

KUIZ KESIHATAN PERINGKAT ZON SELATAN..

             Hari ini bertempat di SJK Chung Hwa Sipitang telah berlangsung satu acara iaitu Pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Zon Selatan. Wakil sekolah  yang terlibat dalam pertandingan ini ialah dari Daerah Sipitang, Daerah Beufort, Daerah Kuala Penyu dan Daerah Papar.





             
          Pertandingan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Sebanyak 6 pusingan telah dijalankan. Setelah tamat pertandingan, Daerah Papar menggondol hadiah tempat pertama dengan 23 markah, tempat kedua pula dimenangi oleh Daerah Beufort dengan 12 markah manakala tempat ketiga dimenangi oleh Daerah Sipitang dengan memperolehi markah sebanyak 10 markah dan Daerah Kuala Penyu memperolehi 2 markah dan menduduki tempat keempat.

         Pertandingan Kuiz Kesihatan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sipitang iaitu Encik Abdul Razak Abdul Karim. Beliau sangat berpuas hati dengan penganjuran pertama oleh pihak penganjur Daerah Sipitang dan berharap kuiz seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang untuk memberikan informasi dan pengetahuan kepada semua pihak terutama pelajar sekolah di Daerah Sipitang.


      Bagi murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Banting, mereka telah di bawa melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin untuk menghadiri Bengkel Menjawab Soalan UPSR dan mereka diiringi oleh 2 orang guru iaitu Puan Ivy J.James dan Encik Sugianto Panus. Mereka akan berbincang jawapan EXCEL 2  yang baru diadakan minggu lepas.

Lawatan Mantan Guru SK.Banting

           Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Banting telah dilawati oleh mantan guru iaitu Cikgu Yusop. Beliau telah mengajar di sekolah ini pada zaman 1990-an dan kini mengajar di SK.Kebawang. Lawatan beliau adalah untuk bertanya khabar dan berbincang sedikit dengan Guru Besar mengenai program yang telah dirancang oleh pihak PPD.

          Pada perhimpunan pagi hari ini juga, dua orang murid Doktor Muda telah memberikan penerangan dan demontrasi Cara Menggosok Gigi yang betul. Hal ini memandangkan kebanyakan murid belum mengetahui cara menggosok gigi yang betul.

           Hari ini juga, penggunaan alatan ICT telah dimulakan dengan pennggunaan Bilik Akses untuk TMK dan penggunaan projektor bagi P&P. Penggunaan ICT ini adalah satu langkah yang baik untuk perkembangan dan pengetahuan ilmu ICT kepada murid-murid. Dengan ini, murid mengetahui tentang alatan ICT dan cara penggunaannya. Diharap guru lain juga mengikuti langkah ini dengan memperkenalkan lagi alatan ICT kepada murid.

         Keesokan harinya, murid-murid Tahun 6 akan menghadiri bengkel Bahasa Inngeris di SMK. Sindumin sehingga tengahari. Murid-murid ini akan diiringi oleh 2 orang guru iaitu Puan Ivy J.James  dan Encik Sugianto Panus.

Thursday 14 July 2011

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

                Hari ini, satu Bengkel Penggunaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS) telah diadakan pada jam 10.40 pagi bertempat di Bilik Pemulihan. Taklimat bengkel ini telah diberikan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah, Puan Ismarinny Sarbini. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada guru-guru KSSR tentang cara pengisian ke dalam sistem tersebut.

               Dalam bengkel ini, semua guru didedahkan dengan cara memasuki sistem, memasukkan data guru dan cara menilai murid berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang telah ditetapkan. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini, ia menyatakan Kerangka Standard Prestasi bermula band 1 sehingga band 6. Setiap murid akan dinilai berpandukan aspek-aspek yang telah ditetapkan di dalam setiap band.

              Memandangkan SPPBS ini merupakan sesuatu yang baharu, kebanyakan guru KSSR masih menghadapi masalah bagaimana cara menilai murid dan perbincangan dengan semua guru perlu dilakukan lagi supaya guru tidak salah nilai seseorang murid.

             Walau bagaimanapun dengan bengkel yang telah diberikan, semua guru telah didedahkan secara lebih lanjut tentang Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan diharap semua guru dapat melengkapkan sistem ini dari bulan Januari hingga bulan Julai 2011.

Wednesday 13 July 2011

KURSUS PEMANTAPAN GURU LINUS TAHUN 2

                Pada hari ini, 3 orang guru Sekolah Kebangsaan Banting telah menghadiri satu Kursus Pemantapan Guru Linus Tahun 2 di PKG Sipitang. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Mahani, Puan Amantubillah dan Cik Nuraini. Memandangkan 3 orang guru yang mewakili Guru Bahasa Melayu, Guru Matematik dan Guru Pemulihan. Guru-guru tersebut juga telah meninggalkan kerja kepada murid-murid berkenaan dan keadaan kelas  dapat dikawal dengan murid melakukan aktiviti yang telah di tetapkan.

               Guru Besar juga telah menghadiri Kursus MGB bermula 12 Julai 2011 sehingga 14 Julai 2011 iaitu selama 3 hari di PKG Sipitang. Memandangkan Guru Besar tiada, tugas pentadbiran di ambil alih oleh Penolong Kanan 1 iaitu Puan Siah Jair.

Tuesday 12 July 2011

LATIHAN 1 MURID 1 SUKAN

                  Bermula jam 7.20 pagi sehingga 8.20 pagi, sesi sukan 1M1S telah bermula dengan latihan asas telah diberikan oleh guru berkenaan. Memandangkan guru yang melatih murid masih "fresh"  dengan ilmu yang dituntut minggu lepas, hanya guru yang menghadiri kursus sahaja yang kelihatan di padang melatih murid dan guru-guru lain kelihatan di tepi padang dan di dalam bilik guru. Hal ini memang seperti yang dijangkakan memandangkan guru-guru lain tidak tahu apa yang hendak diajar kepada murid dan langkah terbaik adalah duduk di dalam bilik guru atau di tepi padang sahaja sambil melihat apa yang guru lain buat.

                Bermula hari ini juga, jadual waktu kelas telah berubah sekali lagi dan murid-murid kebanyakan pening dengan jadual baru tetapi mereka tetap dapat meneruskan sesi P&P seperti yang sepatutnya.

               Pada hari ini juga, pihak sekolah telah mendapat lawatan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin yang di wakili oleh Pengetua dan Penolong Kanan HEM. Tujuan kedatangan mereka ke sekolah adalah untuk memantau dan mengambil maklumat awal dari pihak sekolah tentang murid tahun 6 memandangkan murid-murid ini akan ke sekolah mereka pada tahun hadapan. Mereka juga merancang satu program khas untuk tahun 6 terutamanya dalam  Bahasa Inggeris yang akan diadakan pada 19 Julai 2011 di SMK. Sindumin.

             Murid tahun 6 juga akan mengghadiri satu bengkel menjawab soalan di SK.Lubang Buaya pada 20 dan 21 Julai 2011 selama 2 hari merangkumi 4 mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2, Matematik Kertas 2, Sains Bahagian B dan Bahasa Inggeris. Untuk setiap mata pelajaran, 2 orang guru akan mengiringi murid ke SK. Lubang Buaya. Oleh itu, seramai 8 orang guru akan keluar dari sekolah ke SK.Lubang Buaya selama 2 jam untuk setiap mata pelajaran.

              Diharap program yang telah dirancangkan ini berjaya dengan jayanya dan semua murid mendapat manafaat darinya.

Monday 11 July 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PERPINDAHAN JURUTEKNIK

               Pada hari ini, satu majlis penyampaian Sijil penghargaan kepada 4 orang murid yang menyertai Kuiz Kesihatan di PKG Sipitang telah diadakan di tapak perhimpunan pagi. Hal ini bagi memberikan penghargaan kepada wakil murid yang mewakili sekolah ke pertandingan ini.

              Pada hari juga, secara rasminya juruteknik sekolah yang sebelum ini iaitu Puan Siti Norasyikin telah berpindah ke tempat baru iaitu JPN Perak. Tahniah di ucapkan kepada beliau. Semoga beliau dapat menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya di tempat baru.

              Pada perhimpunan pagi hari ini juga, wakil guru ke Kursus Jurulatih Daerah minggu lepas telah memberikan sedikit taklimat tentang pelaksanaan program ini. Semoga program 1M1S yang dirancang dan diberikan kursus ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh para guru sekaliannya.

            Guru-guru juga telah diberikan jadual baru untuk P&P memandangkan terdapat pertindihan waktu pengajaran pada cubaan minggu lepas. Semua guru akan memulakan sesi pengajaran jam 7.20 pagi seperti biasa dan berakhir jam 1.40 tengahari. Hal ini hanya melibatkan kelas tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Oleh itu, guru yang mengajar tahap 2 iaitu Matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, Matematik dan Muzik terpaksa mengajar lewat sejam. Kelas tambahan Tahun 6 juga terpaksa dibatalkan memandangkan waktu telah lewat dan kebanyakan murid terpaksa menghadiri sekolah agama pula pada jam 2.00 petang.

             Keesokan harinya juga, murid-murid Tahun 6 akan menghadapi EXCEL 2  bermula dengan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.  Selamat berjaya diucapkan kepada murid-murid semua..

Thursday 7 July 2011

KURSUS JURULATIH UTAMA DAERAH HARI KETIGA DAN PENUTUP

                                            


 
               Hari ini merupakan hari terakhir dan penutup bagi Kursus Jurulatih Utama Daerah. Walaupun hari ini merupakan hari penutup, tetapi kelibat wakil dari PPD Sipitang tidak kelihatan sehinggalah majlis selesai.

              Walaupun kelibat wakil PPD Sipitang tidak kelihatan, tetapi majlis diteruskan juga pada sekitar jam 10.00 pagi. Majlis bermula dengan rumusan setiap wakil sukan yang dianjurkan. Setiap wakil menceritakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi masing-masing. Setelah semua wakil memberikan rumusan masing-masing, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Jurulatih negeri kepada semua peserta kursus pada hari ini.

           Majlis bersurat lebih kurang jam 11.30 pagi dan peserta menjamu selera masing-masing sebelum pulang ke rumah masing-masing.

GURU-GURU MENUNGGU MAJLIS PENUTUPAN KURSUS JURULATIH UTAMA DAERAH


LOKASI TEMPAT KURSUS

ANTARA WAKIL BOLA JARING

ANTARA WAKIL GURU MEMBERI RUMUSAN
ANTARA GURU SUKAN PING-PONG


ANTARA GURU SUKAN BADMINTON