Selamat Datang

Friday 27 May 2011

SELAMAT BERCUTI.....

           Hari ini adalah hari terakhir bagi penggal ini untuk sesi persekolahan. Kebanyakan guru dan murid sudah merasai "mood"  bercuti. Kelas yang berjalan lesu sahaja. Hal ini disebabkan oleh Peperiksaan Penggal 1 telah berlalu.

           Hari ini juga para guru Tahun 1 sibuk menyediakan dan memberikan murid tahun 1 menjawab. Ini kerana pihak PPD telah meminta markah semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6. Disebabkan masa yang sangat suntuk, guru-guru tahun 1 terpaksa mengadakan ujian kepada tahun 1 sambil  meneruskan p&p mereka. Selesai murid tahun 1 menjawab soalan, guru-guru terpaksa menanda dan mengisi markah kerana data harus dihantar ke PPD hari ini juga.

           Pada hari ini juga, pihak sekolah menerima berita seorang guru dapat bertukar ke sekolah lain. Beliau ialah Encik Simin Gani. Mengikut sumber yang tidak rasmi, beliau akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Palakat. Ini bermakna, Sekolah Kebangsaan Banting akan kehilangan seorang senior  guru matematik yang banyak berjasa kepada murid dan pihak sekolah. Walaupun begitu, kami semua warga SK.banting berdoa agar beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di sekolah yang baru.

         Semua guru dan murid akan bercuti mulai 28 mei 2011 sehingga 12 Jun 2011. SELAMAT BERCUTI SEMUA.

Thursday 26 May 2011

SISTEM MAKLUMAT MURID ( SMM ) & KERTAS TERAKHIR

             Hari ini, satu kutipan data SMM untuk JUN 2011 telah di adakan di Bilik Mesyuarat PKG Sipitang dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kutipan ini melibatkan Pendaftaran Murid tahun 1 bagi Ambilan 2012 dan maklumat ibubapa murid-murid.

           Walaupun kutipan ditetapkan bermula dari jam 8.30 pagi  tetapi disebabkan masalah bekalan elektrik yang berlaku di PKG Sipitang, mesyuarat tergendala sehingga jam 9.00 pagi. Semua maklumat di yang diperlukan oleh pihak PPD dimasukkan ke dalam SMM dengan bantuan guru-guru dari sekolah lain.

            Bagi Sekolah Kebangsaan Banting, tidak semua maklumat yang diperlukan dapat dilengkapkan memandangkan maklumat murid dari TADIKA KEMAS untuk pendaftaran Tahun 1 bagi Ambilan 2012 tidak lengkap. Ini memaksa guru SMM terpaksa melengkapkan maklumat di sekolah.

           Hari ini juga merupakan hari terakhir untuk Peperiksaan Penggal 1. Semua murid telah menghadapi semua kertas soalan yang telah diberikan oleh guru. Guru-guru mulai sibuk dengan menanda dan memberikan markah kepada kertas soalan masing-masing. Hal ini kerana keesokan harinya semua markah untuk Peperiksaan Penggal 1 harus dilengkapkan dan diserahkan kepada Pihak PPD.

           Berita tentang penyerahan markah kepada pihak PPD pada 27 Mei 2011 diketahui pada 25 Mei 2011 dan ini menyebabkan para guru sibuk dan terpaksa menyiapkan pemeriksaan kertas soalan masing-masing. Diharap semua guru dapat menyiapkan menanda kertas masing-masing menjelang keesokan harinya. Semoga berjaya semua kepada para guru.

         Esok juga merupakan hari terakhir persekolahan untuk penggal 1. Mulai 28 Mei sehingga 12 Jun 2011, murid-murid akan mula bercuti untuk penggal 1 selama 2 minggu. Diharap walaupun cuti sekolah bermula, murid-murid tidak leka dengan bermain sahaja tetapi mereka membuka buku dan mentelaah mata pelajaran yang telah dipelajari.

Wednesday 25 May 2011

PERTUKARAN GURU JUN 2011

                Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh para guru yang mengisi  Sistem Pertukaran Guru ( eg-tukar). Pada hari ini keputusan sama ada dapat tukar atau tidak dapat diketahui.

              Guru-guru yang mengisi sistem ini di SK.Banting juga tidak ketinggalan untuk mengetahui keputusan mereka. Macam-macam desas desus di perkatakan di sekolah pagi tadi. Hal ini memeriahkan suasana peperiksaan yang masih berlangsung sehingga esok, 26 Mei 2011.

             Diharap para guru ini mendapat keputusan yang terbaik untuk diri mereka. Walau apa pun keputusan yang mereka perolehi, di harap mereka tabah menerimanya.

Monday 23 May 2011

BERMULA PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA

                  Pada hari ini, 23 Mei 2011 bermulanya satu ujian yang getir kepada murid Tahun 2 hingga tahun 6  Sekolah Kebangsaan Banting. Pada tanggal ini, Peperiksaan Penggal Pertama bagi mereka telah bermula. Peperiksaan ini akan berlangsung bermula pada hari ini sehingga 26 Mei 2011. Peperiksaan bermula dengan Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2 bagi tahap 2. Manakala bagi tahap 1 pula murid menjalani peperiksaan Kertas Sains.

              Walaupun kebanyakan murid sibuk dengan peperiksaan, murid-murid tahun 1 tidak menjalani peperiksaan. Hal ini sedemikian kerana mereka semua hanya menjalani penilaian sepanjang tahun oleh guru mata pelajaran masing-masing.

             Peperiksaan hari ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.50 pagi. Selepas jam 11.50 pagi, semua murid  Tahun 3 hingga Tahun 6 dibenarkan pulang awal untuk mengulang kaji pelajaran masing-masing.  Bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2 pula, mereka dibenarkan pulang awal  selepas waktu rehat memandangkan mereka tiada peperiksaan. Ini kerana dengan ketiadaan mereka semua, murid-murid yang menjalani peperiksaan tidak berasa terganggu dengan kebisingan mereka.

           Guru-guru pula hanya pulang se awal jam 12.40 tengahari iaitu mengikut jadual waktu pulang biasa. Masa yang terluang selepas murid-murid pualng digunakan sebaiknya untuk guru-guru menanda dan memeriksa kertas yang telah dijawab oleh murid.

        Peperiksaan akan bersambung ladi keesokan harinya dengan kertas lain. Semoga ia akan berlangsung dengan baik.




Friday 20 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

                 Pada hari ini, SK.Banting  telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011. Sambutan ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Wan Mohd Afindi. Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat masing-masing. Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama 1 jam.





                Setelah tamatnya aktiviti senamronik ini, murid-murid diberikan rehat sekejab sebelum aktiviti seterusnya berlangsung. Seterusnya, Guru besar mengambil tempat untuk mengendalikan aktiviti sukaneka untuk guru-guru. Sebelum sukaneka bermula, guru-guru dibahagikan kepada 2 bahagian.

               Setelah kumpulan ditentukan, acara sukaneka pun bermula. Acara pertama yang dipertandingankan ialah acara mengolek bola ke kawasan yang telah ditetapkan markahnya. Acara ini dimulakan oleh kumpulan 1.




               Acara kedua yang dipertandingkan ialah acara berjalan menggunakan batu-bata. bagi acara ini, 3 batu-bata digunakan dan 2 garisan ditetapkan iaitu garis mula dan garis penamat. Bagi acara ini, kedua-dua pasukan mengambil bahagian dan pasukan yang berjaya menamatkan berjalan menggunakan batu-bata dianggap pemenang.


             Acara terakhir untuk sukaneka ialah acara memijak belon. bagi acara ini, setiap guru dibekalkan dengan 2 biji belon dan belon ini diikat di buku lali kaki masing-masing. Pemenang ditentukan dengan belon siapa yang tidak pecah sehingga tamat permainan. Setelah berakhir acara memijak belon ini, hanya belon Cikgu dahli, Cikgu Normah dan Cikgu Ismarinny yang berjaya dikekalkan daripada pecah. Tahniah kepada mereka bertiga.


           Selesai acara sukaneka untuk guru-guru ini, murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing untuk berehat sebentar sebelum acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah untuk aktiviti Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah dan Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru berlangsung.

            Lebih kurang jam 9.50 pagi, acara kemuncak bermula. Semua murid dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk acara penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah diangkat dan disusunkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Selesai semua hadiah disusun, acara penyampaian hadiah pun bermula. Penyampaian hadiah ini dimulakan dengan kategori Mewarna Poster Tahap 1. Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah iaitu Encik Sugianto.



           Selesai sahaja penyampaian hadiah untuk kategori Mewarna Tahap 1, penyampaian hadiah utntuk kategori Melukis Poster   Tahap 2. penyampaian hadiah ini disampaikan oleh Penolong Kanan 1 iaitu Puan Siah. Seterusnya, penyampaian hadiah untuk kategori Mendeklamasikan Sajak tahap 2 diadakan dan ia disempurnakan penyampaian oleh Penolong Kanan HEM iaitu Puan Normah. Akhir sekali, penyampaian hadiah untuk kategori Buku Skrap Anti Dadah dan Pertandingan Menghasilkan kad Ucapan disempurnakan oleh Guru Besar.  
   




            Semua acara penyampaian hadiah ini berakhir jam 10.20 pagi. Semua murid diberikan Makanan  Rancangan Tambahan ( RMT ) masing-masing dan masuk ke kelas masing-masing. Guru-guru pun berehat sambil menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah berupa bihun goreng, kue teaw dan air cendol. Sebiji kek juga disediakan untuk meraikan para guru sekalian.





            Akhir sekali, sebagai acara kemuncak dan terakhir, para guru bertukar-tukar hadiah masing-masing mengikut nama yang telah di undi oleh mereka semua.


            Tahniah kepada semua guru dan murid kerana berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011.

Thursday 19 May 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD UCAPAN HARI GURU

                Pada hari ini, Pusat Sumber SK.Banting dengan kerjasama semua guru mengadakan Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Sempena Hari Guru. Pertandingan ini bermula selepas waktu rehat persekolahan iaitu jam 10.40 pagi.

               Pertandingan ini melibatkan semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6.  Guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut akan memantau dan membantu murid untuk mencipta dan memberikan sedikit idea dan pendapat. Acara ini berlangsung selepas waktu rehat sehinnga tamat waktu persekolahan.

               Secara keseluhannya, pertandingan ini berlangsung dengan baik. Muridmurid dapat melukis dan mewarna kad ucapan dengan baik dan cantik.

 

Monday 16 May 2011

SELAMAT HARI WESAK........

               Selamat Hari Wesak di ucapkan kepada semua penganut agama Buddha.

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA SK. BANTING

            Hari ini, 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru kepada semua guru. 16 Mei merupakan hari yang sangat bernilai kerana jasa dan penat guru di sanjung dan diberikan penghormatan yang sepatutnya.

           Bagi sekolah kami, sambutan peringkat sekolah belum diadakan lagi secara rasmi. Walaupun begitu, semasa perhimpunan pagi tadi, guru bertugas telah menyentuh serba sedikit tentang Hari Guru. Pada waktu Pengajaran & Pembelajaran, murid-murid telah mengucapakan "Selamat Hari Guru"  kepada guru yang memasuki kelas masing-masing.

           Guru berasa sangat dihargai dan disanjung pada hari ini. TAHNIAH  kepada para guru semua.


"SELAMAT HARI GURU 2011"    dengan tema :

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Friday 13 May 2011

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

               Kemarin, 13 Mei 2011 telah berlangsung satu Karnival Anti Dadah anjuran PPDa SK.Banting. Program ini berlangsung dari jam 7.00 pagi sehingga 11.40 pagi. Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah "Nafas Segar"," Mewarna Poster", "Melukis Poster", "Menghasilkan Buku Skrap","Mendeklamasi Sajak"  dan " Teka Silang Kata".

            Acara ini dimulakan dengan aktiviti Nafas Segar dari jam 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi. Aktiviti ini tidak dapat dijalankan di medan perhimpunan kerana hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu, sebagai langkah alternatif, aktiviti ini dijalankan di dalam kelas tahun 6. Semua murid dikumpulkan di dalam kelas tersebut. Setelah tamat aktiviti Nafas Segar, murid diedarkan dengan air mineral dan diberikan rehat selama 10 minit sebelum aktiviti seterusnya bermula. Setelah itu, murid masuk kelas masing-masing dan guru-guru yang telah di tugaskan untuk aktiviti Mewarna dan Melukis Poster memasuki kelas masing-masing. Aktiviti ini berlangsung sehingga waktu rehat.

           Setelah berakhir waktu rehat, aktiviti Mendeklamasikan Sajak diadakan di kelas Tahun 6. Semua murid di kumpulkan dalam satu kelas dan mereka mendengar peserta-peserta Mendeklamasikan Sajak. Aktiviti ini berlansung selama 1 jam sehingga tamat waktu persekolahan.

       Keseluruhannya, aktiviti  yang telah berlangsung seharian kemarin berlangsung dengan lancar. TAHNIAH  kepada semua guru-guru SK.Banting.

Wednesday 11 May 2011

LAWATAN GURU BESAR

             Kemarin, Wakil Guru Besar Kumpulan  yang terdiri daripada Guru Besar SK.Banting, Guru Besar SK. Kawang, Guru Besar SK. Mendulung, Guru Besar SK. Lubang Buaya, Guru Besar SK. Ulu Bole telah datang melawat dan memantau guru-guru di sekolah ini.

            Kumpulan Guru Besar ini telah tiba ke sekolah seawal pagi lagi iaitu jam 7.30 pagi. Guru-guru yang di pantau ialah Guru Mata Pelajaran Teras. Keseluruhannya, kumpulan guru besar berpuas hati dengan prestasi guru-guru sekolah ini. Tahniah kepada guru SK.Banting.

       

Tuesday 3 May 2011

BERMULA KEMBALI SEKOLAH

             Setelah bercuti selama 3 hari sempena Hari Pekerja, murid-murid SK.Banting kembali menyambung pelajaran mereka. Suasana perhimpunan pagi tidak semeriah seperti selalu kerana ramai murid yang tidak hadir ke sekolah kerana "demam". Hal ini terjadi mungkin kerana keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu antara panas dan hujan.

             Ada juga antara guru yang sakit dan demam. Walau bagaimanapun, guru-guru tersebut mengagahkan diri dan semangat untuk menyebarkan ilmu kepada para anak didik.

            Guru Besar SK.Banting tidak hadir ke sekolah hari ini kerana mengikuti " Pemantauan Guru Besar Kumpulan 5" ke SK.Ulu Bole. Ini adalah aktiviti Kumpulan Guru Besar untuk memantau P&P guru-guru dan menambahbaik apa yang sepatutnya.