Selamat Datang

Friday 20 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

                 Pada hari ini, SK.Banting  telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011. Sambutan ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Wan Mohd Afindi. Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat masing-masing. Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama 1 jam.





                Setelah tamatnya aktiviti senamronik ini, murid-murid diberikan rehat sekejab sebelum aktiviti seterusnya berlangsung. Seterusnya, Guru besar mengambil tempat untuk mengendalikan aktiviti sukaneka untuk guru-guru. Sebelum sukaneka bermula, guru-guru dibahagikan kepada 2 bahagian.

               Setelah kumpulan ditentukan, acara sukaneka pun bermula. Acara pertama yang dipertandingankan ialah acara mengolek bola ke kawasan yang telah ditetapkan markahnya. Acara ini dimulakan oleh kumpulan 1.




               Acara kedua yang dipertandingkan ialah acara berjalan menggunakan batu-bata. bagi acara ini, 3 batu-bata digunakan dan 2 garisan ditetapkan iaitu garis mula dan garis penamat. Bagi acara ini, kedua-dua pasukan mengambil bahagian dan pasukan yang berjaya menamatkan berjalan menggunakan batu-bata dianggap pemenang.


             Acara terakhir untuk sukaneka ialah acara memijak belon. bagi acara ini, setiap guru dibekalkan dengan 2 biji belon dan belon ini diikat di buku lali kaki masing-masing. Pemenang ditentukan dengan belon siapa yang tidak pecah sehingga tamat permainan. Setelah berakhir acara memijak belon ini, hanya belon Cikgu dahli, Cikgu Normah dan Cikgu Ismarinny yang berjaya dikekalkan daripada pecah. Tahniah kepada mereka bertiga.


           Selesai acara sukaneka untuk guru-guru ini, murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing untuk berehat sebentar sebelum acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah untuk aktiviti Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah dan Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru berlangsung.

            Lebih kurang jam 9.50 pagi, acara kemuncak bermula. Semua murid dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk acara penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah diangkat dan disusunkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Selesai semua hadiah disusun, acara penyampaian hadiah pun bermula. Penyampaian hadiah ini dimulakan dengan kategori Mewarna Poster Tahap 1. Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah iaitu Encik Sugianto.



           Selesai sahaja penyampaian hadiah untuk kategori Mewarna Tahap 1, penyampaian hadiah utntuk kategori Melukis Poster   Tahap 2. penyampaian hadiah ini disampaikan oleh Penolong Kanan 1 iaitu Puan Siah. Seterusnya, penyampaian hadiah untuk kategori Mendeklamasikan Sajak tahap 2 diadakan dan ia disempurnakan penyampaian oleh Penolong Kanan HEM iaitu Puan Normah. Akhir sekali, penyampaian hadiah untuk kategori Buku Skrap Anti Dadah dan Pertandingan Menghasilkan kad Ucapan disempurnakan oleh Guru Besar.  
   




            Semua acara penyampaian hadiah ini berakhir jam 10.20 pagi. Semua murid diberikan Makanan  Rancangan Tambahan ( RMT ) masing-masing dan masuk ke kelas masing-masing. Guru-guru pun berehat sambil menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah berupa bihun goreng, kue teaw dan air cendol. Sebiji kek juga disediakan untuk meraikan para guru sekalian.





            Akhir sekali, sebagai acara kemuncak dan terakhir, para guru bertukar-tukar hadiah masing-masing mengikut nama yang telah di undi oleh mereka semua.


            Tahniah kepada semua guru dan murid kerana berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011.

No comments:

Post a Comment