Selamat Datang

Monday 28 March 2011

Bermulanya Sesi Persekolahan Seperti Biasa

       Bermula pada minggu lepas,berakhirlah sudah  acara-acara sukan di peringkat Daerah. Guru-guru dan murid-murid telah berhempas pulas mengerah keringat dan tenaga untuk menjuarai setiap acara yang dipertandingkan. Oleh yang demikian, banyak waktu P&P yang terpaksa di ambil semata-mata untuk berlatih dan memperkuatkan kontinjen pasukan sekolah.

        Selepas tamatnya Sukan Daerah Sipitang, guru-guru dapat memberikan sepenuh perhatian masa P&P untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar SK.Banting. Dengan ini, pelajaran-pelajaran yang telah tertinggal semata-mata untuk latihan sukan dapat di"cover" balik dengan sebaik-baiknya.

       Walaupun begitu, guru-guru masih lagi sibuk dengan mesyuarat, bengkel dan kursus yang terpaksa dihadiri di PKG, PPD dan tempat-tempat lain. Guru-guru kelas juga sibuk dengan pengukuran saiz kasut dan pakaian seragam sekolah bagi murid-murid kelas masing-masing. Hal ini akan mengambil lagi masa terluang guru.

        Guru-guru  tahun 1 pula sibuk dengan penilaian dan pentafsiran LINUS dan KSSR bagi subjek masing-masing. Pelaksanaan KSSR  terpaksa dijalankan dari semasa ke semasa kerana murid Tahun 1 tidak mengambil ujian bulanan dan peperiksaan tetapi mereka hanya dinilai sepanjang tahun. Penilaian ini harus direkodkan di dalam rekod setiap murid dalam fail masing-masing berdasarkan "Band" yang telah ditetapkan.

       Namun begitu, harapan guru besar supaya guru-guru dapat melaksanakan P&P dengan sebaiknya walaupun terpaksa dibebankan dengan tugasan lain kerana tugas guru ialah berkorban demi murid-muridnya agar semua akan mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan secukupnya supaya mereka dapat menjadi insan berguna suatu hari nanti....




No comments:

Post a Comment