Selamat Datang

Wednesday 30 March 2011

PEMANTAUAN SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KE SEKOLAH

         Pada hari ini, 2 orang wakil SPAI telah melawat SK.Banting untuk memantau guru-guru Pendidikan Islam. Seramai 2 orang guru telah dipantau dari semua aspek.

       Guru-guru yang dipantau ini sibuk sejak awal pagi persekolahan dengan menyediakan semua fail dan dokumen berkaitan Pelajaran dan Pembelajaran. Ada guru yang mencari-cari Fail Meja, Huraian Sukatan Pelajaran, Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian.

      Sejak pagi guru Pendidikan Islam telah bersiap dengan ABM masing-masing dengan borang penilaian masing-masing. Walaupun guru yang dinilai adalah guru agama, tetapi guru-guru lain terasa impak dan bahangnya. Kebanyakan guru lain juga sibuk dengan menyiapkan fail-fail dan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian.

       Jam 10.15 pagi, saat-saat yang ditunggu telah tiba. 2 orang wakil JPN bagi sektor JPAI telah sampai ke sekolah kami. Mereka terus berjumpa dengan Tuan Guru Besar untuk membincangkan hal-hal berkaitan. Selepas loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat, pegawai tersebut telah masuk ke kelas guru Pendidikan Islam untuk memantau cara mengajar mereka dan memberikan pendapat dan cadangan yang sebaiknya.

       Selepas pemantauan dijalankan, Pegawai SPAI dibawa ke Pusat Sumber  untuk mengadakan perbincangan antara Guru Besar dan guru-guru yang dipantau. Hal ini berlangsung sehinggalah tamat waktu persekolahan.

        Diharap dengan pemantauan yang telah dijalankan oleh pihak SPAI ini, idea penambahbaikan untuk P & P guru akan lebih baik. Guru-guru lain juga akan sentiasa bersiap sedia bila-bila masa sahaja untuk dilawat dan dipantau.






    



No comments:

Post a Comment