Selamat Datang

Monday, 18 April 2011

BENGKEL PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS

               Hari ini, 18 April sehingga Khamis ( 21 April ), satu Bengkel Pemantapan Bahasa Inggeris akan diadakan di Jabatan Pelajaran Sabah. Bagi Sekolah Kebangsaan Banting, seorang guru telah dihantar ke bengkel ini iaitu Puan Ivy J.James. Beliau akan berbengkel disana selama 4 hari mewakili Daerah Sipitang.

               Surat pemberitahuan tentang bengkel ini telah diserakan kepada beliau minggu lepas supaya kelepasan Ketua Jabatan iaitu Guru Besar dapat diberikan. Semoga dengan bengkel yang dihadiri oleh beliau dapat dikongsikan di Peringkat Daerah kelak.


"GOOD LUCK TEACHER IVY"

Thursday, 14 April 2011

e-Kasih

          Pada keesokan hari, 15 April 2011 SK.Banting akan mengagihkan wang e-Kasih kepada ibubapa pelajar yang layak. Upacara mengagihan wang e-Kasih ini akan dilakukan oleh Guru Besar SK.Banting, Encik Zainal Abu Bakar.

Tuesday, 12 April 2011

LINUS, RMT DAN KWAMP

          Kemarin, ibubapa kepada murid tahun 1 dan 2 yang terpilih untuk Pemulihan LINUSMereka berbincang mengenai masalah anak-anak mereka dan langkah mengatasinya. Dalam sesi perjumpaan ini juga, beberapa nasihat telah diberikan oleh Guru Besar kepada ibubapa terutama untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan masalah kesihatan anak mereka. Penyerahan data LINUS juga telah di adakan di PKG Sipitang. Data LINUS ini dibawa oleh Guru Tahun 1 iaiatu Puan Ismarinny. datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar dan Guru Pemulihan Sekolah, Puan Mahani.


          Pada hari pula, PK HEM sibuk dengan senarai murid untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan KWAMP. Data ini dikumpul bersama dengan Guru SMM. Data ini akan diserahkan kepada PPD untuk makluman awal. Guru Besar memberitahu bahawa penyerahan duit KWAMP akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan dan senarai nama murid terpilih harus diserahkan kepadanya untuk tindakan lanjut.


       
      

Friday, 8 April 2011

Mesyuarat Program Permata Pintar

             Hari ini,  Penolong Kanan 1 dan Setiausaha Peperiksaan Sekolah telah menghadiri mesyuarat mengenai Program Permata Pintar yang di pengerusikan oleh Pegawai PPD Sipitang, Encik Abdul Razak Bin Abdul Karim. Menyuarat ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengahari.

Thursday, 7 April 2011

Hari Terakhir Bengkel Pembinaan Laman Web

         Akhirnya, Bengkel Pembinaan Lama Leb yang dianjurkan oleh PKG Sipitang menutup tirainya. Pada hari terakhir ini, semua peserta mengemaskini dan menambah baik laman web masing-masing. Lebih kurang jam 9.00 pagi, bermula lah sesi perbentangan.

       

        Perbentangan ini dimulakan dengan wakil SK. Padang Berampah membentangkan laman web sekolahnya. Kemudian, wakil-wakil sekolah lain membentangkan laman web mereka. Keseluruhannya, semua laman web yang dihasilkan sepanjang bengkel ini mendapat pujian dari fasililator. Fasilitator berharap semua laman web yang dihasilkan dapat di "publish"


Perbentangan ini berakhir lebih kurang jam 12.00 tengahari. Kemudian, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sipitang Puan Hindun Binti Haji Harun memberikan sedikit ucapan dan seterusnya merasmikan Bengkel Pembinaan Laman Web yang telah berlangsung selama 3 hari ini.

        Setelah selesai ucapan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sipitang, fasililator mengumumkan 3 laman web terbaik dan mereka diberikan sedikit cenderamata. Tiga sekolah yang terpilih ialah SJK Chun Hwa ( Ketiga), SK.Pekan ( Kedua ) dan SK.banting ( Pertama ). Tahniah kepada mereka.  Kedua-dua orang fasilitator ini juga diberikan sedikit cenderahati oleh pihak PKG Sipitang.Setelah selesai acara penyampaian cenderahati ini, semua peserta menjamu selera dan majlis bersurai.





     

Tuesday, 5 April 2011

BENGKEL MEMBINA LAMAN WEB DI PKG SIPITANG

           
Penceramah pertama memberi penerangan
                     
     Pada hari ini  5 April 2011 sehingga 7 April 2011, Bengkel Membina Laman Web akan berlangsung di PKG Sipitang. Bengkel ini dikendalikan oleh 2 orang guru dari SK.Ulu Sipitang 

.        
       Pada hari ini, kami telah diajar asas yang pertama iaitu cara men"download"  dan "upload". Program yang digunakan oleh penceramah ialah wordpress.


Penceramah kedua memberi tunjuk ajar
        Pada sebelah petang, wakil dari JPN meluangkan masa dengan   kami dan memberikan sedikit ucapan peransang kepada  semua guru. Beliau berharap setiap sekolah di sipitang dpt membina laman web dan didaftarkan dengan JPN Sabah.



Wakil JPN Memberi Ucapan

Antara guru yang hadir
Guru yang tekun mendengar


         
   


       

 

Monday, 4 April 2011

LAWATAN JPN SABAH DAN PPD SANDAKAN KE SEKOLAH

           Hari ini 4 April 2011, beberapa wakil dari JPN Sabah dan PPD Sandakan ke SK.Banting. Rombongan ini seramai 5 orang iaitu 3 Pegawai Lelaki dan 2 Pegawai Perempuan. Rombongan ini dibawa oleh Guru Besar SK.Melalia iaitu Encik Kasa ke sekolah. Tujuan rombongan lawatan ini adalah untuk memantau dan memberi pendapat nasihat kepada Guru Pemulihan sekolah kami iaitu Puan Mahani.

          Rombongan pelawat ini telah tiba ke sekolah kami jam 10 pagi. Ketika rombongan ini sampai ke sekolah, Guru Besar kami telah bergerak untuk memantau Guru Pemulihan sekolah lain. Memandangkan rombongan ini tiba ke sekolah pada waktu rehat, aktiviti P&P tidak berjalan dan terpaksa menunggu waktu rehat tamat.

         Rombongan ini telah memantau semua aspek yang diperlukan bermula dengan Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Mingguan dan Rancangan Pelajaran Harian. Fail Meja guru pemulihan juga disemak dan sedikit nasihat diberikan untuk penambahbaikan.