Selamat Datang

Monday 4 April 2011

LAWATAN JPN SABAH DAN PPD SANDAKAN KE SEKOLAH

           Hari ini 4 April 2011, beberapa wakil dari JPN Sabah dan PPD Sandakan ke SK.Banting. Rombongan ini seramai 5 orang iaitu 3 Pegawai Lelaki dan 2 Pegawai Perempuan. Rombongan ini dibawa oleh Guru Besar SK.Melalia iaitu Encik Kasa ke sekolah. Tujuan rombongan lawatan ini adalah untuk memantau dan memberi pendapat nasihat kepada Guru Pemulihan sekolah kami iaitu Puan Mahani.

          Rombongan pelawat ini telah tiba ke sekolah kami jam 10 pagi. Ketika rombongan ini sampai ke sekolah, Guru Besar kami telah bergerak untuk memantau Guru Pemulihan sekolah lain. Memandangkan rombongan ini tiba ke sekolah pada waktu rehat, aktiviti P&P tidak berjalan dan terpaksa menunggu waktu rehat tamat.

         Rombongan ini telah memantau semua aspek yang diperlukan bermula dengan Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Mingguan dan Rancangan Pelajaran Harian. Fail Meja guru pemulihan juga disemak dan sedikit nasihat diberikan untuk penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment