Selamat Datang

Friday, 20 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2011

                 Pada hari ini, SK.Banting  telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011. Sambutan ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Wan Mohd Afindi. Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat masing-masing. Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama 1 jam.





                Setelah tamatnya aktiviti senamronik ini, murid-murid diberikan rehat sekejab sebelum aktiviti seterusnya berlangsung. Seterusnya, Guru besar mengambil tempat untuk mengendalikan aktiviti sukaneka untuk guru-guru. Sebelum sukaneka bermula, guru-guru dibahagikan kepada 2 bahagian.

               Setelah kumpulan ditentukan, acara sukaneka pun bermula. Acara pertama yang dipertandingankan ialah acara mengolek bola ke kawasan yang telah ditetapkan markahnya. Acara ini dimulakan oleh kumpulan 1.




               Acara kedua yang dipertandingkan ialah acara berjalan menggunakan batu-bata. bagi acara ini, 3 batu-bata digunakan dan 2 garisan ditetapkan iaitu garis mula dan garis penamat. Bagi acara ini, kedua-dua pasukan mengambil bahagian dan pasukan yang berjaya menamatkan berjalan menggunakan batu-bata dianggap pemenang.


             Acara terakhir untuk sukaneka ialah acara memijak belon. bagi acara ini, setiap guru dibekalkan dengan 2 biji belon dan belon ini diikat di buku lali kaki masing-masing. Pemenang ditentukan dengan belon siapa yang tidak pecah sehingga tamat permainan. Setelah berakhir acara memijak belon ini, hanya belon Cikgu dahli, Cikgu Normah dan Cikgu Ismarinny yang berjaya dikekalkan daripada pecah. Tahniah kepada mereka bertiga.


           Selesai acara sukaneka untuk guru-guru ini, murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing untuk berehat sebentar sebelum acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah untuk aktiviti Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah dan Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru berlangsung.

            Lebih kurang jam 9.50 pagi, acara kemuncak bermula. Semua murid dikumpulkan di tapak perhimpunan untuk acara penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah diangkat dan disusunkan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Selesai semua hadiah disusun, acara penyampaian hadiah pun bermula. Penyampaian hadiah ini dimulakan dengan kategori Mewarna Poster Tahap 1. Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah iaitu Encik Sugianto.



           Selesai sahaja penyampaian hadiah untuk kategori Mewarna Tahap 1, penyampaian hadiah utntuk kategori Melukis Poster   Tahap 2. penyampaian hadiah ini disampaikan oleh Penolong Kanan 1 iaitu Puan Siah. Seterusnya, penyampaian hadiah untuk kategori Mendeklamasikan Sajak tahap 2 diadakan dan ia disempurnakan penyampaian oleh Penolong Kanan HEM iaitu Puan Normah. Akhir sekali, penyampaian hadiah untuk kategori Buku Skrap Anti Dadah dan Pertandingan Menghasilkan kad Ucapan disempurnakan oleh Guru Besar.  
   




            Semua acara penyampaian hadiah ini berakhir jam 10.20 pagi. Semua murid diberikan Makanan  Rancangan Tambahan ( RMT ) masing-masing dan masuk ke kelas masing-masing. Guru-guru pun berehat sambil menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak sekolah berupa bihun goreng, kue teaw dan air cendol. Sebiji kek juga disediakan untuk meraikan para guru sekalian.





            Akhir sekali, sebagai acara kemuncak dan terakhir, para guru bertukar-tukar hadiah masing-masing mengikut nama yang telah di undi oleh mereka semua.


            Tahniah kepada semua guru dan murid kerana berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011.

Thursday, 19 May 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD UCAPAN HARI GURU

                Pada hari ini, Pusat Sumber SK.Banting dengan kerjasama semua guru mengadakan Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Sempena Hari Guru. Pertandingan ini bermula selepas waktu rehat persekolahan iaitu jam 10.40 pagi.

               Pertandingan ini melibatkan semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6.  Guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut akan memantau dan membantu murid untuk mencipta dan memberikan sedikit idea dan pendapat. Acara ini berlangsung selepas waktu rehat sehinnga tamat waktu persekolahan.

               Secara keseluhannya, pertandingan ini berlangsung dengan baik. Muridmurid dapat melukis dan mewarna kad ucapan dengan baik dan cantik.

 

Monday, 16 May 2011

SELAMAT HARI WESAK........

               Selamat Hari Wesak di ucapkan kepada semua penganut agama Buddha.

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA SK. BANTING

            Hari ini, 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru kepada semua guru. 16 Mei merupakan hari yang sangat bernilai kerana jasa dan penat guru di sanjung dan diberikan penghormatan yang sepatutnya.

           Bagi sekolah kami, sambutan peringkat sekolah belum diadakan lagi secara rasmi. Walaupun begitu, semasa perhimpunan pagi tadi, guru bertugas telah menyentuh serba sedikit tentang Hari Guru. Pada waktu Pengajaran & Pembelajaran, murid-murid telah mengucapakan "Selamat Hari Guru"  kepada guru yang memasuki kelas masing-masing.

           Guru berasa sangat dihargai dan disanjung pada hari ini. TAHNIAH  kepada para guru semua.


"SELAMAT HARI GURU 2011"    dengan tema :

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Friday, 13 May 2011

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

               Kemarin, 13 Mei 2011 telah berlangsung satu Karnival Anti Dadah anjuran PPDa SK.Banting. Program ini berlangsung dari jam 7.00 pagi sehingga 11.40 pagi. Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah "Nafas Segar"," Mewarna Poster", "Melukis Poster", "Menghasilkan Buku Skrap","Mendeklamasi Sajak"  dan " Teka Silang Kata".

            Acara ini dimulakan dengan aktiviti Nafas Segar dari jam 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi. Aktiviti ini tidak dapat dijalankan di medan perhimpunan kerana hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu, sebagai langkah alternatif, aktiviti ini dijalankan di dalam kelas tahun 6. Semua murid dikumpulkan di dalam kelas tersebut. Setelah tamat aktiviti Nafas Segar, murid diedarkan dengan air mineral dan diberikan rehat selama 10 minit sebelum aktiviti seterusnya bermula. Setelah itu, murid masuk kelas masing-masing dan guru-guru yang telah di tugaskan untuk aktiviti Mewarna dan Melukis Poster memasuki kelas masing-masing. Aktiviti ini berlangsung sehingga waktu rehat.

           Setelah berakhir waktu rehat, aktiviti Mendeklamasikan Sajak diadakan di kelas Tahun 6. Semua murid di kumpulkan dalam satu kelas dan mereka mendengar peserta-peserta Mendeklamasikan Sajak. Aktiviti ini berlansung selama 1 jam sehingga tamat waktu persekolahan.

       Keseluruhannya, aktiviti  yang telah berlangsung seharian kemarin berlangsung dengan lancar. TAHNIAH  kepada semua guru-guru SK.Banting.

Wednesday, 11 May 2011

LAWATAN GURU BESAR

             Kemarin, Wakil Guru Besar Kumpulan  yang terdiri daripada Guru Besar SK.Banting, Guru Besar SK. Kawang, Guru Besar SK. Mendulung, Guru Besar SK. Lubang Buaya, Guru Besar SK. Ulu Bole telah datang melawat dan memantau guru-guru di sekolah ini.

            Kumpulan Guru Besar ini telah tiba ke sekolah seawal pagi lagi iaitu jam 7.30 pagi. Guru-guru yang di pantau ialah Guru Mata Pelajaran Teras. Keseluruhannya, kumpulan guru besar berpuas hati dengan prestasi guru-guru sekolah ini. Tahniah kepada guru SK.Banting.

       

Tuesday, 3 May 2011

BERMULA KEMBALI SEKOLAH

             Setelah bercuti selama 3 hari sempena Hari Pekerja, murid-murid SK.Banting kembali menyambung pelajaran mereka. Suasana perhimpunan pagi tidak semeriah seperti selalu kerana ramai murid yang tidak hadir ke sekolah kerana "demam". Hal ini terjadi mungkin kerana keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu antara panas dan hujan.

             Ada juga antara guru yang sakit dan demam. Walau bagaimanapun, guru-guru tersebut mengagahkan diri dan semangat untuk menyebarkan ilmu kepada para anak didik.

            Guru Besar SK.Banting tidak hadir ke sekolah hari ini kerana mengikuti " Pemantauan Guru Besar Kumpulan 5" ke SK.Ulu Bole. Ini adalah aktiviti Kumpulan Guru Besar untuk memantau P&P guru-guru dan menambahbaik apa yang sepatutnya.