Hari ini merupakan hari terakhir untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR ) 2011. Peperiksaan hari ini bermula dengan kertas Sains bermula jam 8.00 pagi diikuti Bahasa Inggeris kertas 1 bermula jam 10.30 pagi dan seterusnya Bahasa Inggeris Kertas 2 bermula jam 11.45 pagi. Setelah berehat seketika, bermula jam 2.30 petang Ujian Aplitud bermula.
Seawal pagi lagi, hujan turun dengan amat lebat sekali. Ditambahkan dengan ketiadaan bekalan elektrik seketika di sekolah menyebabkan suasana pagi di sekolah agak tenang dan sepi. Lebih kurang jam 8.00 pagi baru lah bekalan elektrik kembali kepada sediakala. Pihak sekolah amat bersyukur kerana jika tiada bekalan elektrik, susah untuk calon menjawab peperiksaan kerana keadaan sekeliling gelap.
Pihak sekolah juga dilawati oleh wakil SK. Sindumin untuk meminjam khemah untuk acara sambutan hari raya sekolah mereka minggu depan. Pihak sekolah juga di lawati oleh Guru besar Ulu Bole untuk membincangkan mengenai perkhemahan Perdana yang akan diadakan nanti.
Thursday, 15 September 2011
Wednesday, 14 September 2011
HARI KE-2 UPSR 2011
Hari ini, semua murid tahun 6 menghadapi satu lagi kertas iaitu Kertas 1 Matematik. Peperiksaan bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.15 pagi selama 1 jam 15 minit. Selepas selesai peperiksaan tersebut, semua murid dibenarkan pulang memandangkan tiada lagi kertas yang akan di hadapi.
Peperiksaan akan bersambung keesokan harinya dengan beberapa kertas lagi. Semoga esok akan memberi ketenangan yang lebih baik untuk murid menghadapi kertas lain.

Tuesday, 13 September 2011
BERMULA UPSR 2011
Hari ini, bermulalah Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2011. Peperiksaan bermula dengan Bahasa Melayu Kertas 1. Kemudian, peperiksaan diteruskan dengan Bahasa Melayu Kertas 2. Selepas berehat, murid menghadapi kertas terakhir untuk hari ini iaitu Matematik Kertas 2.
Seramai 3 orang pengawas ditugaskan menjaga UPSR 2011 di sekolah kami. Mereka terdiri daripada 2 orang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Peperiksaan UPSR bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.
Secara keseluruhan, semua murid menyatakan mereka dapat menjawab peperiksaan tersebut dan diharap mereka mendapat keputusan yang baik.
Pihak sekolah juga telah dilawati oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang seramai 2 orang. Mereka datang untuk memantau perjalanan UPSR di sekolah kami. mereka berpuas hari dengan peperiksaan yang dijalankan.
Suasana sekolah agak sepi kerana semua murid tiada dan ini menyebabkan kebanyakan guru bosan dan ada yang berjalan-jalan mencari makanan di kedai-kedai berdekatan di Sindumin. Hal ini kerana, sekolah tidak ada kantin dan guru-guru terpaksa ke Sindumin untuk mencari sedikit makanan untuk mengalas perut mereka sementara menunggu 12.40 tengahari.

Monday, 12 September 2011
MINGGU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2011
Hari ini merupakan hari terakhir untuk persiapan bagi murid tahun 6 sebelum menduduki peperiksaan UPSR 2011 keesokan harinya. Pada perhimpunan pagi hari ini, Guru Besar mengumumkan bahawa semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 5 diberikan cuti rehat selama 3 hari untuk memberikan ketenangan kepada Murid tahun 6 menghadapi UPSR. Beliau juga mengumumkan pada hari jumaat ( 16 September 2011 ), semua murid diberikan cuti sempena Hari Malaysia.
Pada hari ini juga, Pihak sekolah dimaklumkan bahawa Pn. Musliawati terpaksa terbang pulang ke kampung kerana anaknya dimasukkan ke wad kanak-kanak. Dengan itu, beliau tidak hadir ke sekolah beberapa hari sehingga anaknya sohat sepenuhnya.
Sekolah juga hari ini telah di lawati oleh 2 orang guru yang akan bertugas sebagai pengawas UPSR keesokan harinya. Secara keseluruhannya, mereka berpuas hati dengan tempat yang disediakan untuk murid-murid menjawab peperiksaan.
Semoga murid-murid Tahun 6 akan dapat menjawab soalan UPSR 2011 dengan jayanya.

Friday, 9 September 2011
BACAAN YASIN PERINGKAT SEKOLAH
Hari ini jam 9.00 pagi, satu majlis bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan di Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan Banting. Majlis ini di hadiri oleh ibu bapa, murid tahun 6 dan guru-guru lelaki. Majlis ini dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Guru Besar. Kemudian, bacaan yasin dimulakan dengan di pimpin oleh imam Kampung Banting. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh ustaz hairy.
Selesai bacaan yasin dan tahlil, semua ibu bapa, murid dan guru dijamukan dengan kuih muih raya dan air kotak. Majlis selesai lebih kurang jam 10.20 pagi dan murid dibenarkan untuk berehat sebelum loceng seterusnya untuk kembali ke kelas di bunyikan.
Semoga dengan daya usaha terakhir ini dapat memberikan ketenangan dan keyakinan untuk para calon UPSR 2011 untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukana kelak.

Thursday, 8 September 2011
SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA
Pada hari ini, satu majlis solat hajat dan bacaan yasin perdana sempena UPSR 2011 yang akan dihadapi oleh murid tahun 6 pada 13 september 2011 sehingga 15 september 2011. Majlis tersebut diadakan di Masjid Haji Hashim di pekan sipitang.
Majlis ini bermula sekitar jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam. Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sipitang iaitu Datuk Sapawi. Dalam agenda yang dirancang, pada jam 5.30 petang ahli parlimen sipitang akan berucap sehinggalah masuk waktu maghrib. Kemudian, setelah selesai solat maghrib bacaan yasin beramai-ramai akan diadakan sehingga waktu isyak. Selesai solat isyak, solat hajat akan diadakan dan seterusnya semua akan dijamu dengan sedikit hidangan.

Sunday, 4 September 2011
BERMULA KEMBALI SEKOLAH SELEPAS CUTI RAYA DAN CUTI SEKOLAH
Bermula hari ini 5 September 2011, semua murid menyambung kembali sesi pembelajaran selepas bercuti selama 9 hari untuk berhari raya. Walaupun begitu, bermacam-macam gelagah murid dapat diperhatikan semasa perhimpunan pagi. Ada murid yang berambut baru ala-ala punk, ada yang rambut raya botak dan bermacam-macam lagi. Ada juga murid yang masih menyambung cuti raya dan tidak hadir ke sekolah.
Walaupun suasana raya masih di rasai oleh semua tetapi murid-murid Tahun 6 tidak dapat beraya dengan senang hati memandangkan minggu depan iaitu bermula 13 September 2011 sehingga 15 September 2011 akan bermulalah satu perjuagan hidup mati bagi penentuan masa depan mereka. Pada tanggal tersebut, Peperiksaan UPSR akan bermula.

Subscribe to:
Posts (Atom)