Selama 2 hari bermula kemarin dan hari ini, para peserta Kursus KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 2 telah didedahkan dengan teori dan praktikal untuk dilaksanakan di sekolah kelak. Kami dibimbing oleh 3 orang Jurulatih Utama iaitu Cik Nurdini Adibah dari SK. Mesapol ( PPD Sipitang), Encik Awang Mohd Salim ( PPD Beaufort ) dan Encik Yusman ( PPD Kuala Penyu ).
Aktiviti yang dijalankan bersama Jurulatih Utama merangkumi Pergerakan Asas, Kemahiran Pergerakan ( Lokomotor & Bukan Lokomotor ), Kemahiran ( Manipulasi Alatan ), Gimnastik Asas, Pergerakan Berirama dan Akuatik @ Rekreasi.
Sepanjang aktiviti praktikal yang dijalankan selama 2 hari ini, banyak ilmu dan input baru yang diperolehi oleh para guru untuk di bawa ke sekolah kelak. Walaupun kami sedikit kepenatan kerana terpaksa menjiwai pelajar tahun 2, tetapi kami gembira melakukan aktiviti yang di arahkan oleh Jurulatih Utama.
Keesokan harinya, kami akan didedahkan dengan Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) dan cara memberi pelajar Band. petang esok juga akan diadakan Majlis Perasmian Penutup menandakan selesainya Kursus Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Tahun 2 untuk semua subjek pada tahun ini.
Thursday, 20 October 2011
Monday, 17 October 2011
KURSUS STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2
Hari ini bermula lah Kursus Standard Sekolah Rendah ( KSSR) Pendidikan Jasmani Tahun 2. Kursus ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Merintaman bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang. Tempat asal kursus adalah di SMPO 2 tetapi disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, tempat kursus terpaksa memindahkan ke tempat lain.
Kursus KSSR Tahun 2 di kendalikan oleh 2 orang Jurulatih Utama iaitu guru perempuan wakil dari SK.Mesapol, Sipitang dan seorang lelaki wakil dari PPD Beufort. Kursus ini akan berlangsung dari 17 Oktober 2011 sehingga 21 Oktober 2011 selama 5 hari.
Kursus pendidikan jasmani ini merangkumi 2 bahagian iaitu teori di dalam kelas selama 2 hari dan praktikal selama 2 hari yang akan di adakan di padang sekolah. Satu hari lagi ialah untuk Pentafsiran KSSR. Menurut sumber, KSSR pendidikan Jasmani ini ialah Slot Kursus KSSR terakhir untuk KSSR Tahun 2. Bermula minggu depan, Peperiksaan Akhir tahun dan EXCEL 2011 untuk Tahun 5 akan bermula.
Diharapa kursus ini akan berlangsung dengan sebaik-baiknya walaupun cuaca tidak menentu.

Tuesday, 11 October 2011
NEW BORN....
Hari ini Sekolah Kebangsaan Banting menerima berita baik iaitu seorang guru telah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Sipitang. Beliau ialah Puan Ivy J.James. Anak beliau yang baru lahir ini ialah anak ketiga beliau. Sebelum ini beliau telah mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Hari ini juga, murid-murid Tahun 6 telah memulakan aktiviti sukan "outdoor" iaitu permainan badminton. Permainan badminton ini melibatkan individu dan beregu. Tetapi hari ini hanya permainan perseorangan sahaja yang dilangsungkan.

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA BERMULA KEMBALI
Hari ini bermula kembali secara rasmi aktiviti 1 Murid 1 Sukan di sekolah. Walaupun begitu, semangat untuk bersukan belum menampakkan hasilnya kerana ramai yang masih tidak memakai pakaian sukan khusus untuk latihan. Ini menyebabkan tidak semua aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan baik. Walaupun begitu, aktiviti terpaksa dijalankan supaya murid yang memakai pakiaan sukan dapat mengikuti latihan dengan sebaiknya.
Hari ini juga, seorang guru SK. Banting telah dimasukkan ke dalam wad kerana teah cukup masa untuk bersalin. Kami warga sekolah semua mengharapkan agar beliau dapat melahirkan anak dengan baik dan sempurna.
2 orang guru sekolah ini juga iaitu Puan Ismarinny dan Cik Nuraini telah menghadiri Kursus Standard Sekolah Rendah ( KSSR) di PKG Sipitang. Kursus tersebut akan berlangsung selama 4 hari bermula hari ini sehingga hari Khamis. Kursus ini bagi matapelajaran Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual.

Monday, 10 October 2011
SELESAI KURSUS KSSR PENDIDIKAN KESIHATAN DAN DUNIA SAINS & TEKNOLOGI
Hari ini selesai lah Kursus KSSR untuk Pendidikan Kesihatan dan Dunia Sains & Teknologi. Kursus ini bermula dari 5 Oktober 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Keesokan harinya, bermula lagi siri ke-4 KSSR iaitu untuk Dunia Muzik dan Dunia Seni Visual.
Disebabkan bilangan guru yang tidak mengcukupi di setiap sekolah, ada di antara guru yang berkursus hari ini akan menghadiri lagi kursus pada keesokan harinya sehingga 16 oktober 2011 selama 4 hari.
Dapatan dari kursus selama 4 hari ini akan di gunapakai pada tahun depan untuk setiap matapelajaran KSSR. Jurulatih Utama juga berharap agar ilmu yang didapati pada kursus selama 4 hari akan disebarkan kepada guru-guru lain di sekolah.
Dengan KSSR yang akan dilaksanakan bagi Tahun 1 dan Tahun 2, maka bertambahlah tugas "pengkeranian" bagi guru matapelajaran teras dan elektif bagi tahun 1 dan tahun 2. Walaupun begitu, setiap guru akan memikul tanggungjawab ini demi anak didik yang akan dibentuk dan dilatih supaya mereka akan menjadi insan yang berguna kelak.

Wednesday, 5 October 2011
KURSUS STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR )
Hari ini bermula kembali kursus KSSR bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan Sains untuk Tahun 2. Kursus ini telah diadakan di PKG Sipitang bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.
Kursus ini bermula dengan taklimat pagi bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi oleh wakil PPD Sipitang selama 30 minit. Seterusnya, para guru dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.
Secara keseluruhannya, kursus ini relaks dan santai memandangkan beberapa orang guru pernah mengikutinya sejak KSSR diperkenalkan tahun lepas lagi untuk murid Tahun 1.

Monday, 3 October 2011
MINGGU PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH UGAMA ( SRU)
Bermula hari ini sehingga sabtu ini, satu peperiksaan SRU telah berlangsung. Peperiksaan ini melibatkan pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 yang mengambil SRU. Peperiksaan ini berlangsung di Sekolah Ugama Pantai, Sipitang.
Pada dasarnya, 6 orang murid tahun 6 dan 11 orang murid tahun 5 mengambil peperiksaan ini. Hal ini menyebabkan kelas tahun 5 dan tahun 6 lenggang dan beberapa orang murid yang tidak mengambilnya tidak dapat belajar dengan baik kerana kekurangan ahli.
Beberapa orang guru juga tidak dapat hadir ke sekolah kerana pelbagai alasan. Guru besar sendiri tidak dapat hadir ke sekolah hari ini disebabkan sakit perut. Puan Mahani pula tidak dapat hadir kerana banjir di Bukau. Manakala, Puan Musliawati dan Puan Normah tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa menghadiri Kursus KSSR tahun 2 untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di PKG Sipitang.
Dengan ketidakhadiran guru ini, beberapa waktu di kelas tidak ada guru dan guru-guru lain terpaksa mengantikan seketika kelas tersebut dengan memberikan beberapa kerja supaya tidak bising.
Minggu ini juga aktiviti 1M1S akan bermula kembali setelah berhenti rehat selama sebulan pada bulan puasa. Walaupun murid tahun 5 dan tahun 6 tidak mengcukupi, tetapi aktiviti akan diteruskan juga dengan murid yang tinggal.
2 orang murif tahun 5 ( 1 Lelaki dan 1 Perempuan ) dan 2 murid tahun 4 ( 1 Lelaki dan 1 Perempuan ) akan mewakili sekolah ke Perkhemahan perdana 1M1S di SMK. Sindumin pada 5 Oktober sehingga 7 Oktober 2011. Mereka akan bermalam di sana selama 3 hari 2 malam.
Diharap semua perancangan aktiviti untuk minggu ini akan berlangsung dengan lancar dan baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)