Pada hari ini, bermulalah pengisian Data SSQS di dalam " Borang Data Petunjuk Prestasi Utama" bagi semua guru dan murid dalam beberapa mata pelajaran. Mata pelajaran yang terpilih adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Kajian Tempatan. Setiap mata pelajaran di isi oleh 2 orang guru dan 5 orang murid. Tarikh akhir pengisian data SSQS ini ialah 3 Julai 2011.
Pada hari ini juga, senarai sukan 1M1S1M telah di edarkan kepada murid untuk di pilih dan di isi. Sebanyak 3 jenis sukan telah di tawarkan untuk di pilih oleh murid semua. Antara sukan yang tersenarai ialah Bola Jaring, Sepak Takraw dan Badminton. Secara kasarnya, seramai 14 orang murid akan mengisi bagi setiap sukan yang di tawarkan.
Aktiviti Ko-Kurikulum juga berjalan dengan lancar dengan aktiviti Persatuan dan Kelab. Semua aktiviti berjalan lancar selamat 1 jam. Semua aktiviti yang di rancang oleh Guru Penasihat berjalan dengan lancar walaupun cuaca panas.
Wednesday, 22 June 2011
Monday, 20 June 2011
1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Hari ini, satu mesyuarat khas untuk membincangkan mengenai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan. Mesyuarat ini melibatkan semua staff SK. Banting. Larian ini akan diadakan pada 2 Julai 2011 ( Sabtu ). Dalam mesyuarat ini, AJK Kerja telah dibentuk bagi melicinkan pelaksanaan Larian 1M1S1M nanti.
Pada mesyuarat tadi juga, sukan-sukan yang akan dilaksanakan bagi 1M1S1M telah dibincangkan. Setelah mendapat persetujuan ramai, sukan yang akan dilaksanakan di sekolah ini ialah sukan Badminton, Bola Jaring dan Sepak Takraw. Aktiviti 1M1S1M akan dilaksanakan pada pagi Selasa setiap minggu selama 60 minit. Semua guru akan terlibat dalam 1M1S1M ini.
Pada hari ini, seorang guru perempuan baru telah datang melaporkan diri ke sekolah ini. Guru terlibat adalah guru dari SK.Marintaman yang berpindah ke sekolah ini. Beliau mungkin akan memulakan tugas pada keesokan harinya. Insyallah.

Friday, 17 June 2011
SURAT PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Hari ini, semua staff Sekolah Kebangsaan Banting menerima berita gembira iaitu mereka mendapat surat pergerakan gaji tahunan masing-masing. Ini bermakna, gaji mereka akan meningkat ke satu tangga atas dan mereka akan menerima tunggakan gaji pada gaji Julai nanti. Surat ini diedarkan oleh kerani sekolah, Puan Dayang Binti Haji Sulong mewakili Guru Besar yang menghadiri Mesyuarat Guru Besar di PKG Sipitang.
Hari ini juga guru data sekolah, Encik Dahli Ismail menghadiri taklimat mengemaskini data emisonline di PPD Sipitang. Taklimat ini bertujuan mengemaskini data semua guru di sekolah sama ada yang masuk atau keluar supaya menyenangkan kerja pihak PPD untuk mengetahui pergerakan keluar masuk guru di setiap sekolah di daerah ini.

Thursday, 16 June 2011
MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SIMIN GANI
Hari ini 16 Jun 2011, satu majlis yang ringkas dan sederhana telah diadakan oleh pihak sekolah sempena meraikan perpindahan seorang guru sekolah ini iaitu Encik Simin Bin Gani. Majlis ini diadakan selepas tamat waktu persekolahan iaitu lebih kurang jam 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan oleh Guru Besar dan seterusnya ucapan oleh Encik Simin. Setelah itu, pihak sekolah menyampaikan sumbangan dari pihak sekolah kepada beliau. Kemuncak majlis ialah majlis makan dengan menu Mee Goreng dan Keaw Teaw beserta dengan air bergas.
Pada hari ini juga, Encik Simin telah menunaikan janji beliau kepada murid-murid yang berjaya mendapat "A" dalam mata pelajatran Matematik. Seramai 5 orang murid terdiri daripada seorang murid Tahun 4 dan empat orang murid Tahun 3 telah dibawa dan dibelanja makan "KFC".
Esok, 17 Jun 2011 merupakan hari terakhir Encik Simin berada di Sekolah Kebangsaan Banting dan mulai 20 Jun 2011 beliau akan meneruskan khidmatnya di sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Palakat. Tugas-tugas beliau akan di ambil alih oleh seorang guru baru yang dijangka akan melaporkan diri pada 20 Jun 2011 kelak. Semoga Encik Simin akan meneruskan khidmatnya di sekolah baru.

Wednesday, 15 June 2011
AIR NAIK....
Setelah hujan berturut-turut selama beberapa hari, Sekolah Kebangsaan Banting hampir dilanda banjir. Walau bagaimana pun, keadaan sekeliling sekolah terutamanya rumah-rumah berhampiran dengan sekolah telah di limpahi dengan air banjir. Hal ini dapat dilihat dengan takungan air hampir mencecahi ke paras tangga paling bawah.
Semua guru sibuk mengemas buku-buku dan barang masing-masing yang berada di lantai dan laci bawah bagi mengelakkan basah terkena air banjir jika air naik sampai ke ruang pejabat sekolah. Hal ini dilakukan dengan segera memandangkan waktu persekolahan telah tamat dan semua guru akan pulang ke rumah. Semua barang ini diletakkan di atas kerusi dan meja bagi mengelakkan ia basah.
Kami semua masih teringat peristiwa lalu iaitu ketika sekolah dilanda banjir pada Februari 2009. Pada ketika ini, kami semua tengah sibuk dengan persiapan untuk Kejohanan Sukan Zon Selatan. Ini memandangkan sekolah kami merupakan tuan rumah dan penganjur untuk kejohanan ini. Banyak kerosakan harta benda telah berlaku pada ketika ini. Disebabkan itulah, langkah berjaga-jaga di ambil awal bagi mengelakkan " Pisang Berbuah Dua kali".
Walau begitu, kami berharap agar air yang melimpahi sekeliling luar sekolah tidak memenuhi ruang sekolah kami.

Tuesday, 14 June 2011
SURAT PERPINDAHAN DAH DAPAT...
Pada hari ini, penantian seorang guru Sekolah Kebangsaan Banting untuk mendapatkan surat pertukaran dari pihak Pejabat Pelajaran daerah ke sekolah baru telah di perolehi. Beliau telah dipanggil oleh Guru Besar tadi dan diserahkan surat berkenaan. Beliau mulai 1 Jun 2011 akan berkhidmat di sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Palakat.
Sejak pagi, guru yang akan berpindah ini telah mengemas meja dan membuang kertas-kertas yang tidak di ingini dan meletakkan setempat kertas-kertas yang boleh digunakan kembali. Beliau juga telah menyerahkan dokumen-dokumen yang sepatutnya kepada guru yang akan mengambil tugasnya nanti.

Monday, 13 June 2011
SESI PERSEKOLAHAN BERMULA KEMBALI...
Setelah 2 minggu bercuti, sesi persekolahan bermula kembali. Sesi persekolahan bermula dengan suram kerana pada pagi tadi hujan turun. Hal ini mengakibatkan jalan becak dan suasana perhimpunan pagi tidak semeriah sebelum ini.
Pada hari ini, Pertandingan " Choral Speaking" telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya dan Sekolah Kebangsaan Banting dijemput untuk menghasilkan wakil untuk meyaksikannya. Tetapi, memandangkan kenkangan masa dan ketiadaan Guru Besar dan guru bertanggungjawab, pihak sekolah tidak menghantar wakil ke sana.
Pada hari ini juga, pihak sekolah mendapat khabar berita seorang guru perempuan baru yang berpindah dari Sekolah Kebangsaan Marintaman akan berpindah ke sekolah ini mengantikan guru yang bertukar. Dari berita yang didengari, beliau merupakan isteri kepada Guru Besar SK. Ulu Bole. Guru yang akan bertukar ke sekolah lain juga belum bertukar disebabkan surat pertukaran belum di keluarkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang. Dari sumber yang diperolehi, surat berkenaan akan diberikan pada 16 Jun 2011 ( KHAMIS ). Disebabkan itu, guru berkenaan masih berkhidmat di sekolah ini sementara menunggu surat kuasa pertukarannya.
Secara keseluruhannya, sesi persekolahan hari ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelajar sangat menggalakkan walaupun mereka telah bercuti selama dua minggu.

Subscribe to:
Posts (Atom)