Selamat Datang

Friday 17 June 2011

SURAT PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

             Hari ini, semua staff Sekolah Kebangsaan Banting menerima berita gembira iaitu mereka mendapat surat pergerakan gaji tahunan masing-masing. Ini bermakna, gaji mereka akan meningkat ke satu tangga atas dan mereka akan menerima tunggakan gaji pada gaji Julai nanti. Surat ini diedarkan oleh kerani sekolah, Puan Dayang Binti Haji Sulong mewakili Guru Besar yang menghadiri Mesyuarat Guru Besar di PKG Sipitang.

           Hari ini juga guru data sekolah, Encik Dahli Ismail menghadiri taklimat mengemaskini data emisonline di PPD Sipitang. Taklimat ini bertujuan mengemaskini data semua guru di sekolah sama ada yang masuk atau keluar supaya menyenangkan kerja pihak PPD untuk mengetahui pergerakan keluar masuk guru di setiap sekolah di daerah ini.

           

No comments:

Post a Comment