Selamat Datang

Thursday 16 June 2011

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SIMIN GANI

               Hari ini 16 Jun 2011, satu majlis yang ringkas dan sederhana telah diadakan oleh pihak sekolah sempena meraikan perpindahan seorang guru sekolah ini iaitu Encik Simin Bin Gani. Majlis ini diadakan selepas tamat waktu persekolahan iaitu lebih kurang jam 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan oleh Guru Besar dan seterusnya ucapan oleh Encik Simin. Setelah itu, pihak sekolah menyampaikan  sumbangan dari pihak sekolah kepada beliau. Kemuncak majlis ialah majlis makan dengan menu Mee Goreng dan Keaw Teaw beserta dengan air bergas.

             Pada hari ini juga, Encik Simin telah menunaikan janji beliau kepada murid-murid yang berjaya mendapat "A" dalam mata pelajatran Matematik. Seramai 5 orang murid terdiri daripada seorang murid Tahun 4 dan empat orang murid Tahun 3 telah dibawa dan dibelanja makan "KFC".


            Esok, 17 Jun 2011 merupakan hari terakhir Encik Simin berada di Sekolah Kebangsaan Banting dan mulai 20 Jun 2011 beliau akan meneruskan khidmatnya di sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Palakat. Tugas-tugas beliau akan di ambil alih oleh seorang guru baru yang dijangka akan melaporkan diri pada 20 Jun 2011 kelak. Semoga Encik Simin akan meneruskan khidmatnya di sekolah baru.


          

No comments:

Post a Comment