Selamat Datang

Wednesday 15 June 2011

AIR NAIK....

            Setelah hujan berturut-turut selama beberapa hari, Sekolah Kebangsaan Banting hampir dilanda banjir. Walau bagaimana pun, keadaan sekeliling sekolah terutamanya rumah-rumah berhampiran dengan sekolah telah di limpahi dengan air banjir. Hal ini dapat dilihat dengan takungan air hampir mencecahi ke paras tangga paling bawah.

          Semua guru sibuk mengemas buku-buku dan barang masing-masing yang berada di lantai dan laci bawah bagi mengelakkan basah terkena air banjir jika air naik sampai ke ruang pejabat sekolah. Hal ini dilakukan dengan segera memandangkan waktu persekolahan telah tamat dan semua guru akan pulang ke  rumah. Semua barang ini diletakkan di atas kerusi dan meja bagi mengelakkan ia basah.

          Kami semua masih teringat peristiwa lalu iaitu ketika sekolah dilanda banjir pada Februari 2009. Pada ketika ini, kami semua tengah sibuk dengan persiapan untuk Kejohanan Sukan Zon Selatan. Ini memandangkan sekolah kami merupakan tuan rumah dan penganjur untuk kejohanan ini. Banyak kerosakan harta benda telah berlaku pada ketika ini. Disebabkan itulah, langkah berjaga-jaga di ambil awal bagi mengelakkan " Pisang Berbuah Dua kali".

         Walau begitu, kami berharap agar air yang melimpahi sekeliling luar sekolah tidak memenuhi ruang sekolah kami.

No comments:

Post a Comment