Selamat Datang

Friday 24 June 2011

Penilaian KSSR Dan Lawatan Wakil PPD

            Hari ini, setiausaha peperiksaan sekolah telah mengedarkan penilaian bagi KSSR Tahun 1 kepada semua guru yang mengajar semua mata pelajaran teras dan elektif. Penilaian ini berdasarkan Band dari Band 1 ( Paling Rendah ) sehingga Band 6 ( Paling Tinggi ). Dari penilaian ini, tahap kecekapan seseorang murid tahun 1 dapat di nilai dengan teliti dan berkesan. Penilaian ini bermula dari Bulan Januari sehingga hujung tahun.

          Pada hari ini juga, seorang pegawai dari Pejabat Pelajaran daerah (PPD) telah melawat sekolah untuk memantau "Pelan Perancangan Strategik" untuk mata pelajaran teras. Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati kerana Pelan Perancangan Strategik ini telah di sediakan dengan sebaiknya.

          Pada keesokan hari iaitu 25 Jun 2011, satu latihan kawad kaki untuk Persatuan Puteri Islam Malaysia ( PPIM ) akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Pengiran Omar 2. Seramai 15 orang wakil murid dari sekolah ini akan menyertai latihan kawad kaki ini. Murid-murid ini akan di iringi oleh guru penasihat PPIM SK.Banting iaitu Puan Normah Binti Kambar. Diharap dengan latihan yang diterima oleh murid-murid ini dapat di perkembangkan kepada murid-murid lain.

No comments:

Post a Comment