Selamat Datang

Monday 13 June 2011

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA KEMBALI...

           Setelah 2 minggu bercuti, sesi persekolahan bermula kembali. Sesi persekolahan bermula dengan suram kerana pada pagi tadi hujan turun. Hal ini mengakibatkan jalan becak dan suasana perhimpunan pagi tidak semeriah  sebelum ini.

          Pada hari ini, Pertandingan " Choral Speaking"  telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya dan Sekolah Kebangsaan Banting dijemput untuk menghasilkan wakil untuk meyaksikannya. Tetapi, memandangkan kenkangan masa dan ketiadaan Guru Besar dan guru bertanggungjawab, pihak sekolah tidak menghantar wakil ke sana.

         Pada hari ini juga, pihak sekolah mendapat khabar berita seorang guru perempuan baru yang berpindah dari Sekolah Kebangsaan Marintaman akan berpindah ke sekolah ini mengantikan guru yang bertukar. Dari berita yang didengari, beliau merupakan isteri kepada Guru Besar SK. Ulu Bole. Guru yang akan bertukar ke sekolah lain juga belum bertukar disebabkan surat pertukaran belum di keluarkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sipitang. Dari sumber yang diperolehi, surat berkenaan akan diberikan pada 16 Jun 2011 ( KHAMIS ). Disebabkan itu, guru berkenaan masih berkhidmat di sekolah ini sementara menunggu surat kuasa pertukarannya.

            Secara keseluruhannya, sesi persekolahan hari ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelajar sangat menggalakkan walaupun mereka telah bercuti selama dua minggu. 

No comments:

Post a Comment