Selamat Datang

Wednesday, 29 June 2011

MESYUARAT TERGEMPAT GATA 2011

         Seawal selepas perhimpunan pagi tadi, mesyuarat tergempar telah diadakan oleh Guru Besar bersama para guru berhubung dengan Pesta GATA 2011 yang akan berlangsung mulai esok.  Dalam mesyuarat tadi, beberapa perkara telah dibincangkan. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah menetapkan guru yang akan menjaga pameran pada 1 Julai 2011 bagi mewakili Zon Selatan memandangkan 'turn"  Sekolah Kebangsaan Banting bertugas bagi sesi pagi bermula jam 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

         Dari mesyuarat tersebut, 3 orang guru terpilih untuk menjaga pameran yang akan berlangsung 1 Julai 2011. Antara guru yang terpilih ialah Puan Mahani, Encik Wan Mohd Afindi dan Encik Mohd Hairy. Dalam mesyuarat tadi juga, beberapa orang guru di minta untuk menyediakan papan tanda yang mengandungi nama sekolah-sekolah Zon Selatan. Beliau adalah Cik Nurani dan Puan Asiah.

        Beberapa guru lain juga diminta untuk menyediakan beberapa perkara untuk persiapan GATA 2011 nanti. Antara perkara lain ialah Brosur yang disediakan oleh Puan Ivy, gambar staf sekolah disediakan oleh Encik Wan Mohd Afindi dan bakul untuk meletakkan brosur dan gula-gula disediakan oleh Puan Ismarinny.

        Keesokan harinya, semua benda ini akan diletak dan dipamerkan di tapak pameran di GATA 2011 yang diuruskan sepenuhnya oleh Semua Guru Besar daerah Sipitang. Diharap mereka dapat menyediakan yang terbaik memandangkan Perdana Menteri Malaysia akan melawat tapak pameran esok.

       Hari ini juga, murid-murid tahap 2 sudah mulai mengisi penyertaan untuk  " Soccer Crab" yang akan diadakan pada 2 Julai 2011 nanti.

Tuesday, 28 June 2011

JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH BERTUKAR...

              Menurut berita yang tidak rasmi, sahlah Juruteknik Komputer sekolah telah bertukar balik ke semenanjung. Tetapi, negeri mana dia ditempatkan tidak diketahui memandangkan surat rasmi dari pihak JPA belum diperoleh oleh pihak sekolah. Tahniah diucapkan kepada beliau. Walau bagaimana pun, beliau masih belum meninggalkan semua kunci pusat komputer  dan Bilik Akses sekolah. Diharap beliau akan menyelesaikan semua masalah tersebut dengan segera.


             Pada hari ini juga, Penolong Kanan Ko-Kurikulum sibuk menyediakan surat-surat berkaitan Larian 1Malaysia 1Murid 1Sukan memandangkan beliau akan ke IPG Keningau pada tarikh larian berkenaan dijalankan. Semua murid diberikan surat jemputan untuk menjemput ibubapa menyertai Larian 1M1S1M yang akan berlangsung 2 Julai 2011 nanti.


              Perancangan sukan dan permainan selepas Larian 1M1S1M juga dilakukan dengan menetapkan sejenis sukaneka " Soccer Crap" diadakan untuk semua murid lelaki dan perempuan dan untuk para ibubapa. Di harap dengan sukaneka yang diadakan selepas larian ini dapat memeriahkan lagi acara tersebut.

Monday, 27 June 2011

1M1S1M

          Pada hari ini, selepas perbincangan antara guru-guru dan Penolong Kanan Kokum, 1M1S1M telah di tunda lagi ke minggu hadapan memandangkan surat pemberitahuan kepada ibu bapa dan penjaga belum di edarkan. Dengan ini, P & P akan berjalan  seperti biasa mengikut jadual waktu yang telah di tetapkan.

         Pada hari juga, juruteknik sekolah masih tidak menghadirkan diri ke sekolah. Disebabkan itu, semua perancangan guru untuk menggunakan peralatan ICT dalam P & P terbengkalai lagi dan alternatif lain terpaksa di ambil. Mengikut sumber yang tidak rasmi, juruteknik sekolah telah mendapat surat perpindahan ke tempat baru tetapi pentadbir sekolah belum menerima sebarang surat mengenai perkara sedemikian. Diharap surat dan dokumen yang berkenaan dengan hal ini akan dapat diselasaikan dengan segera.

         Dalam perhimpunan pagi hari juga, Guru Besar telah mengumumkan bahawa 30 JUN 2011( Khamis )  merupakan hari cuti berganti sekolah sempena lawatan Perdana  Menteri Malaysia ke GATA Sipitang 2011 dan akan di ganti pada 2 JULAI 2011 ( Sabtu ) sempena Larian 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia.

Friday, 24 June 2011

Penilaian KSSR Dan Lawatan Wakil PPD

            Hari ini, setiausaha peperiksaan sekolah telah mengedarkan penilaian bagi KSSR Tahun 1 kepada semua guru yang mengajar semua mata pelajaran teras dan elektif. Penilaian ini berdasarkan Band dari Band 1 ( Paling Rendah ) sehingga Band 6 ( Paling Tinggi ). Dari penilaian ini, tahap kecekapan seseorang murid tahun 1 dapat di nilai dengan teliti dan berkesan. Penilaian ini bermula dari Bulan Januari sehingga hujung tahun.

          Pada hari ini juga, seorang pegawai dari Pejabat Pelajaran daerah (PPD) telah melawat sekolah untuk memantau "Pelan Perancangan Strategik" untuk mata pelajaran teras. Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati kerana Pelan Perancangan Strategik ini telah di sediakan dengan sebaiknya.

          Pada keesokan hari iaitu 25 Jun 2011, satu latihan kawad kaki untuk Persatuan Puteri Islam Malaysia ( PPIM ) akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Pengiran Omar 2. Seramai 15 orang wakil murid dari sekolah ini akan menyertai latihan kawad kaki ini. Murid-murid ini akan di iringi oleh guru penasihat PPIM SK.Banting iaitu Puan Normah Binti Kambar. Diharap dengan latihan yang diterima oleh murid-murid ini dapat di perkembangkan kepada murid-murid lain.

Thursday, 23 June 2011

PERUBAHAN JADUAL WAKTU

             Disebabkan program 1M1S1M, jadual waktu setiap guru telah berubah. Ini melibatkan guru-guru tahap 2 khususnya. Ada di antara guru yang terpaksa bertukar mata pelajaran yang perlu di ajar dan ada yang kekal dengan jadual waktu yang lama.

             Pada hari ini, Guru Besar tidak hadir ke sekolah kerana menghadiri Mesyuarat MGB dan kerani sekolah tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat perubahan gaji. Juruteknik sekolah juga tidak hadir ke sekolah kerana ada urusan. Banyak urusan yang melibatkan penggunaan alatan ICT terutamanya P & P  tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan juruteknik berkenaan.

            Hari ini juga, bekalan elektrik di sekolah terputus selama 2 jam kerana terdapat gangguan di Pekan Sipitang dan hal ini menyebabkan satu daerah terputus bekalan elektrik. Akibat dari gangguan ini, P & P yang menggunakan alatan elektrik tidak dapat dilakukan seperti yang dirancang dan cara alternatif yang lain di gunakan untuk meneruskan sesi pembelajaran di dalam kelas.

           Ketua Panatia Mata Pelajaran teras juga sibuk dengan membuat Pelan Rancangan Strategik bagi mata pelajaran masing-masing. Setiausaha Dalaman sekolah juga sibuk dengan pengisian markah untuk Peperiksaan Penggal 1 yang telah berlangsung sebelum cuti sekolah hari itu.

       

Wednesday, 22 June 2011

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS ( SSQS )

            Pada hari ini, bermulalah pengisian Data SSQS di dalam  " Borang Data Petunjuk Prestasi  Utama"  bagi semua guru dan murid dalam beberapa mata pelajaran. Mata pelajaran yang terpilih adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Sains dan Kajian Tempatan. Setiap mata pelajaran di isi oleh 2 orang guru dan 5 orang murid. Tarikh akhir pengisian data SSQS ini ialah 3 Julai 2011.

           Pada hari ini juga, senarai sukan 1M1S1M telah di edarkan kepada murid untuk di pilih dan di isi. Sebanyak 3 jenis sukan telah di tawarkan untuk di pilih oleh murid semua. Antara sukan yang tersenarai ialah Bola Jaring, Sepak Takraw dan Badminton. Secara kasarnya, seramai 14 orang murid akan mengisi bagi setiap sukan yang di tawarkan.

           Aktiviti Ko-Kurikulum juga berjalan dengan lancar dengan aktiviti Persatuan dan Kelab. Semua aktiviti berjalan lancar selamat  1 jam. Semua aktiviti yang di rancang oleh Guru Penasihat berjalan dengan lancar walaupun cuaca panas.

          

Monday, 20 June 2011

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

           Hari ini, satu mesyuarat khas untuk membincangkan mengenai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan. Mesyuarat ini melibatkan semua staff SK. Banting. Larian ini akan diadakan pada 2 Julai 2011 ( Sabtu ). Dalam mesyuarat ini, AJK Kerja telah dibentuk bagi melicinkan pelaksanaan Larian 1M1S1M nanti.

           Pada mesyuarat tadi juga, sukan-sukan yang akan dilaksanakan bagi 1M1S1M telah dibincangkan. Setelah mendapat persetujuan ramai, sukan yang akan dilaksanakan di sekolah ini ialah sukan Badminton, Bola Jaring dan Sepak Takraw. Aktiviti 1M1S1M akan dilaksanakan pada pagi Selasa setiap minggu selama 60 minit. Semua guru akan terlibat dalam 1M1S1M ini.

           Pada hari ini, seorang guru perempuan baru telah datang melaporkan diri ke sekolah ini. Guru terlibat adalah guru dari SK.Marintaman yang berpindah ke sekolah ini. Beliau mungkin akan memulakan tugas pada keesokan harinya. Insyallah.