Pada hari juga, secara rasminya juruteknik sekolah yang sebelum ini iaitu Puan Siti Norasyikin telah berpindah ke tempat baru iaitu JPN Perak. Tahniah di ucapkan kepada beliau. Semoga beliau dapat menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya di tempat baru.
Pada perhimpunan pagi hari ini juga, wakil guru ke Kursus Jurulatih Daerah minggu lepas telah memberikan sedikit taklimat tentang pelaksanaan program ini. Semoga program 1M1S yang dirancang dan diberikan kursus ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh para guru sekaliannya.
Guru-guru juga telah diberikan jadual baru untuk P&P memandangkan terdapat pertindihan waktu pengajaran pada cubaan minggu lepas. Semua guru akan memulakan sesi pengajaran jam 7.20 pagi seperti biasa dan berakhir jam 1.40 tengahari. Hal ini hanya melibatkan kelas tahap 2 iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Oleh itu, guru yang mengajar tahap 2 iaitu Matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, Matematik dan Muzik terpaksa mengajar lewat sejam. Kelas tambahan Tahun 6 juga terpaksa dibatalkan memandangkan waktu telah lewat dan kebanyakan murid terpaksa menghadiri sekolah agama pula pada jam 2.00 petang.
Keesokan harinya juga, murid-murid Tahun 6 akan menghadapi EXCEL 2 bermula dengan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2. Selamat berjaya diucapkan kepada murid-murid semua..
No comments:
Post a Comment